lightning-solid
Berita :

Artikel "Bisnes" Terkini

Pasar Minggu, Pasar Malam Dan Pasar Tani Terengganu Dibenar Beroperasi Esok
Pasar Minggu, Pasar Malam Dan Pasar Tani Terengganu Dibenar Beroperasi Esok
KUALA TERENGGANU, 9 Jun - Kerajaan Terengganu akan membenarkan operasi pasar minggu, pasar tani, pasar pagi dan pasar malam mulai esok, dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, waktu operasi yang dibenarkan bagi pasar pagi dan terbuka adalah dari 6 hingga 11 pagi; manakala pasar malam dari 4 petang hingga 10 malam. "Alhamdulillah tinjauan yang dibuat dalam operasi pasar percubaan di Pasar Tani Padang Hiliran dan pasar malam di pekarangan Stadium Sultan Mizan baru-baru ini mendapati rakyat kita mematuhi SOP yang ditetapkan. "Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah kedudukan gerai ditetapkan antara 1.5 hingga dua meter dan lokasi kawasan perlu terbuka dan berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk sehala. "Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan di laluan masuk dan pengunjung perlu menggunakan pensanitasi tangan selain digalakkan memakai pelitup muka. "Bagaimanapun, peniaga tidak boleh menyediakan meja atau tempat makan, dan pelanggan hanya boleh membawa pulang makanan dibeli," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada satu sidang media di Wisma Darul Iman, hari ini. Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal turut memberitahu, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah antara usaha kerajaan untuk menggerakkan semula ekonomi rakyat. Tambahnya, kedai gunting rambut, termasuk perkhidmatan dandanan rambut dan kecantikan juga dibenarkan beroperasi mulai esok dengan syarat perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN. "SOP yang lebih terperinci akan dikeluarkan dari masa ke masa. Peniaga juga akan diberi taklimat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui Majlis Bandaraya setiap daerah," jelasnya. Terdahulu Kerajaan Pusat mengumumkan PKPP bermula esok hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.
01 Jul 20
487
PKPP : Sektor IKS Kembali 'Bernafas'
PKPP : Sektor IKS Kembali 'Bernafas'
Oleh : Muhammad A.Rahman SETIU, 7 Jun - Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini akan memberikan 'nafas' baharu kepada sektor Industri Kecil Sederhana (IKS). Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, ini kerana gedung-gedung perniagaan di seluruh negara kembali dibuka seperti biasa pada 10 Jun ini setelah ditutup atau dihadkan operasi sejak beberapa bulan lalu. "Ini akan dapat membantu pengusaha IKS kembali mencari rezeki dan secara tidak langsung menjana kembali pertumbuhan ekonomi negara. "Saya melihat PKPP ini sebagai langkah pemulihan dari segenap aspek kehidupan rakyat Malaysia, bukan sahaja dari sudut kesihatan malahan mental juga dapat dipulihkan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. Tambahnya lagi, tindakan kerajaan itu juga adalah langkah yang amat bijak dan wajar dipuji oleh semua pihak, baik kerajaan ataupun pembangkang. "Saya kira semua akan bersyukur, berterima kasih kerana semua memperoleh manfaat daripada pengumuman ini," tambah beliau. Perlaksanaan PKPP akan bermula pada 10 Jun ini adalah bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir 9 Jun nanti.
01 Jul 20
57
Kenaikan Caj Gunting Rambut Pada Kadar Berpatutan
Kenaikan Caj Gunting Rambut Pada Kadar Berpatutan
Oleh : Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 7 Jun - Caj perkhidmatan gunting rambut di negeri ini dijangka akan dinaikkan pada kadar berpatutan antara RM5 hingga RM10 susulan peningkatan kos operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terhadap perkhidmatan itu. Presiden Persatuan Terengganu Barber Association, M. Amir Azizi Mohd Zaki berkata, walau bagaimanapun kenaikan dibuat pada kadar setimpal berdasarkan perkembangan dan keperluan semasa. "Pengusaha kedai gunting dan dandan rambut terpaksa menampung kos tersebut sebaik sahaja memulakan operasi pada 10 Jun ini. "Yang paling penting adalah  SOP itu untuk keselamatan pelanggan dan juga semua pihak. "Jadi, industri dapat beroperasi dengan baik dan masyarakat dapat menggunakan perkhidmatan sewajarnya untuk menggunting rambut," ujarnya. Beliau yang mengusahakan 'Amir Sibling Hairstyle' berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini. Menurut Amir Azizi, harga baharu itu dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat oleh persatuan dan pengusaha kedai gunting rambut di Negeri Terengganu. Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam sidang media semalam berkata SOP untuk kedai gunting ialah pengusaha perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi. Selain itu juga, ianya turut menetapkan agar pekerja memakai pelindung muka, apron pakai buang selain sarung tangan yang berbeza bagi setiap pelanggan. Di samping memastikan jarak antara setiap kerusi sejauh sekurang-kurangnya dua meter bagi setiap pelanggan.
01 Jul 20
404
Medan Selera Jerteh Mula Beroperasi
Medan Selera Jerteh Mula Beroperasi
Oleh : Muhd Afiq Zohir BESUT, 1 Jun - Medan Selera Jerteh mula beroperasi pada hari ini setelah mendapat kebenaran oleh pihak kerajaan negeri semalam. Pengurus Medan Selera Jerteh, Wan Asriazwa Wan Husain berkata, sebelum ini ramai peniaga menghadapi kesukaran dan dugaan untuk mencari rezeki akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac yang lalu. “Kebenaran untuk semua premis makanan beroperasi oleh pihak kerajaan memberi rasa lega kepada peniaga yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. "Pengumuman dan usaha oleh pihak kerajaan negeri Terengganu disambut baik peniaga iaitu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di sini, pada hari ini. Menurutnya, Medan Selera Jerteh merupakan tumpuan orang awam kerana kedudukannya terletak ditengah-tengah Bandar Jerteh. Wan Asriazwa juga menyarankan agar semua pengunjung medan selera mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. “Orang awam diingatkan agar sentiasa menjaga jarak sosial antara satu sama lain dan sentiasa memakai topeng pelindung hidung dan mulut bagi memastikan penularan wabak tidak tersebar," tambah beliau.
01 Jul 20
448
Kerajaan Akan Tetapkan Harga Ayam Jika Terus Naik Tanpa Kawalan
Kerajaan Akan Tetapkan Harga Ayam Jika Terus Naik Tanpa Kawalan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan penetapan harga syiling ayam sekiranya para peniaga terus menaikkan harga tanpa kawalan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.
30 Jun 20
137
Persidangan DIGIT2020 Ditangguhkan Cegah Penularan COVID-19
Persidangan DIGIT2020 Ditangguhkan Cegah Penularan COVID-19
Program Conference On Digital And Intelligence Technology 2020 (DIGIT2020) yang akan berlangsung pada 17 sehingga 19 Mac ini di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu terpaksa ditangguhkan sebagai langkah awal mencegah penularan COVID-19.
07 May 20
31
Terengganu Bakal Perkenal Anugerah Usahawan
Terengganu Bakal Perkenal Anugerah Usahawan
Anugerah usahawan bakal diperkenalkan pada penghujung tahun ini bagi mengiktiraf peranan pengusaha perniagaan yang membantu merancakkan sektor ekonomi di negeri Terengganu.
05 May 20
270
Urban Tani Bersama To' Puan Seri Tuan Faizah
Urban Tani Bersama To' Puan Seri Tuan Faizah
"Saya memang minat berkebun. Masa saya duk KL dulu kat bangi, rumah tu macam..."- Tuan Faizah
04 May 20
292
Ladang Solar 100MW Bakal Dibina Di Merchang
Ladang Solar 100MW Bakal Dibina Di Merchang
TRG Silica (Marang) Sdn Bhd dengan kerjasama Syarikat Jerman akan mengusahakan ladang solar sebagaimana yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Tenaga baru-baru ini.
03 May 20
669
Terengganu Silica Consortium Raih Anugerah Amalan terbaik Pembangunan Mineral Asean
Terengganu Silica Consortium Raih Anugerah Amalan terbaik Pembangunan Mineral Asean
Terengganu Silica Consortium Raih Anugerah Amalan terbaik Pembangunan Mineral AseanTerengganu Silica Consortium Raih Anugerah Amalan terbaik Pembangunan Mineral Asean
03 May 20
287