lightning-solid
Berita :

Artikel "Bisnes" Terkini

Permint Granite Jalin Kerjasama Dengan CKY Sand Bangun Industri Silika
Permint Granite Jalin Kerjasama Dengan CKY Sand Bangun Industri Silika
Permint Granite Sdn. Bhd hari ini menandatangani perjanjian usahama dengan Syarikat CKY Sand Sdn. Bhd bagi penubuhan syarikat usahasama Permint Granite CKY Sdn. Bhd.
10 Sep 20
1033
Ruane-TATI Dan TWI Jalin Kerjasama
Ruane-TATI Dan TWI Jalin Kerjasama
Perjanjian persefahaman (MoU) di antara Ruane-TATI Sdn Bhd dan TWI Technology (S.E.Asia) Sdn Bhd membuka satu lembaran baharu dalam industri di Terengganu.
10 Sep 20
405
Terengganu Pemain Utama Industri Minyak Dan Gas
Terengganu Pemain Utama Industri Minyak Dan Gas
Menteri Kewangan, Tengku Dato' Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyifatkan industri minyak dan gas merupakan tulang belakang kepada ekonomi negeri Terengganu.
07 Sep 20
113
Pusat Penyelidikan Buluh Pertama Malaysia Dibina Di Terengganu
Pusat Penyelidikan Buluh Pertama Malaysia Dibina Di Terengganu
Surau Buluh yang akan berfungsi sebagai Pusat Penyelidikan Buluh akan dibina dalam tempoh terdekat di Dataran Tembesu, Kuala Nerus.
30 Aug 20
309
Damar Hitam Ditemui Semula Di Lata Tembakah
Damar Hitam Ditemui Semula Di Lata Tembakah
Shorea kuantanensis atau Damar hitam Siput Daun Besar merupakan spesies endemik di semenanjung yang kebanyakkannya boleh ditemui di kawasan Hutan Dipterokarpa Tanah Pamah kini dijumpai semula di Lata Tembakah, Besut, Terengganu.
26 Aug 20
537
Kerja Pembinaan Menara NFCP Fasa Pertama Di Terengganu Siap Suku Pertama 2021
Kerja Pembinaan Menara NFCP Fasa Pertama Di Terengganu Siap Suku Pertama 2021
Kerja-kerja pembinaan menara dan penyediaan rangkaian gentian optik di bawah program Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bagi fasa pertama yang bermula tahun lepas, dijangka siap pada suku pertama tahun hadapan dengan melibatkan 13 lokasi di negeri Terengganu.
12 Aug 20
506
Aplikasi Ganu Shop Kini Dalam Proses Penambahbaikan
Aplikasi Ganu Shop Kini Dalam Proses Penambahbaikan
Kerajaan negeri kini dalam proses membuat penambahbaikan terhadap aplikasi Ganu Shop yang dijangka kembali beroperasi pada Oktober ini.
12 Aug 20
373
Rakyat Terengganu Berpeluang Jadi Usahawan Coklat
Rakyat Terengganu Berpeluang Jadi Usahawan Coklat
KUALA NERUS, 10 Julai - Rakyat Terengganu berpeluang membina kerjaya sebagai usahawan pembuatan coklat melalui kursus yang ditawarkan Lembaga Koko Malaysia (LKM). Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali memaklumkan, peluang tersebut dapat membantu masyarakat terutama yang menerima kesan kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19. "Dikala banyak sektor membuang pekerja, sektor perusahaan, perladangan dan komoditi pula menyediakan peluang kerjaya. Sebagai contoh, kita kini memerlukan 30,000 tenaga kerja dalam bidang penuaian sawit. "Dalam industri pembuatan coklat pula, kita bersedia membantu seramai mungkin untuk menjadi usahawan coklat sebagai peluang berkerjaya," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan anjuran LKM di Duyong Marina & Resort, hari ini. Jelasnya, pihak kementerian berusaha memperkasa industri hiliran koko dengan melahirkan lebih ramai usahawan coklat buatan tangan. Industri koko negara telah menyumbang sebanyak RM6.6 bilion kepada pendapatan eksport negara bagi tahun 2019. "Sememangnya sasaran kita adalah golongan B40 untuk mereka berdikari tanpa mengharapkan bantuan semata-mata. "Potensi pendapatan tahap pertama dalam bidang ini sahaja boleh mencapai sekitar RM2,000 hingga RM5,000 sebulan," katanya. Menurutnya, melalui peruntukan RM3 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), seramai 224 usahawan telah dibimbing LKM dengan perolehan pendapatan memuaskan. "Bagi Terengganu, ini yang pertama melibatkan 28 peserta dan kita sedang menunggu ahli-ahli parlimen kita memberi senarai calon-calon dari kawasan mereka untuk menyertai kursus ini pada masa akan datang. "Peruntukan kita adalah sebanyak RM3 juta untuk tahun ini dan kita harap ada lagi untuk tahun hadapan," katanya. Sektor pembuatan coklat mencatat peningkatan 17.3 peratus daripada jumlah pendapatan eksport koko dan produk-produknya pada tahun 2019.
13 Jul 20
288
Hotel Permai Pelopor Aplikasi E-Wallet Quinpay Di Terengganu
Hotel Permai Pelopor Aplikasi E-Wallet Quinpay Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 8 Julai – Hotel Permai menjadi hotel pertama milik kerajaan negeri yang mempelopori teknologi “Cashless Transaction” dengan kerjasama Quinton Group Sdn. Bhd. setelah beroperasinya pembayaran menggunakan aplikasi Quinpay awal bulan ini. Pengurus Besarnya, Noralizan Abd Rahman berkata selain memudahkan pelbagai urusan, ia juga menawarkan ciri-ciri keselamatan. Katanya, selain daripada pembayaran ke atas bilik penginapan, aplikasi Quinpay ini turut memudahkan para tetamu hotel yang mahu menjelaskan bil di Cahaya Restaurant milik Permai Hotel Kuala Terengganu. “Penggunaan aplikasi Quinpay ini amat mudah kerana pengguna berdaftar hanya perlu mengimbas Kod QR yang disediakan di kaunter pembayaran, masukkan jumlah bayaran dan nombor PIN peribadi sahaja untuk menyempurnakan satu transaksi. “Apa yang lebih menarik, aplikasi ini tidak terhad untuk bilik dan restoran sahaja malah ia juga dikembangkan ke Permai 70s Bistro yang baharu saja dibuka di perkarangan lobi lama hotel ini,” ujarnya. Tambahnya, Bistro yang dibuka setiap hari bermula jam 3.00 petang hingga 10.00 malam ini menawarkan menu-menu hidangan tradisi Terengganu. “Antaranya termasuklah laksam, Che Abas Demam, keropok, Ceranang dan banyak lagi. Semua menu ini dijual pada harga serendah RM3.00 sahaja.  "Tetamu hotel yang ingin menikmati hidangan di bilik masing-masing boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak hotel untuk perkhidmatan penghantaran ke bilik,” jelas Noralizan lagi. Bagi anda yang berminat untuk menginap di Permai Hotel Kuala Terengganu dan membuat pembayaran menggunakan imbasan kod QR Quinpay ini atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda bolehlah berhubung terus dengan pihak hotel melalui nombor telefon 09-622 2122 atau layari laman Facebook Permai Hotel Kuala Terengganu.  
13 Jul 20
1508
Rakyat Terengganu Berpeluang Jadi Usahawan Coklat
Rakyat Terengganu Berpeluang Jadi Usahawan Coklat
Rakyat Terengganu berpeluang membina kerjaya sebagai usahawan pembuatan coklat melalui kursus yang ditawarkan Lembaga Koko Malaysia (LKM).
12 Jul 20
171