lightning-solid
Berita :

Artikel "Bisnes" Terkini

Dua Anak Muda Sasar Kedai Kopi Sebaris Jenama Tersohor
Dua Anak Muda Sasar Kedai Kopi Sebaris Jenama Tersohor
SETIU, 2 Oktober - Bermula dari sebuah gerai kopi kecil di Pantai Kampung Mangkok, dua anak muda, Rabiatull Adawiyyah Mohd Kahar dan Nur Nadirah Mat Yunus, masing-masing berusia 23 tahun, kini mengimpikan untuk membawa jenama SNA Coffee sebaris dengan jenama-jenama kopi terkenal di pasaran. Pengusaha, Rabiatull Adawiyyah, berkata gerai mereka mula beroperasi tiga bulan lalu dengan menawarkan pelbagai pilihan minuman berasaskan kopi dan pencuci mulut. "Kami memulakan gerai jualan kopi sebelah petang dengan pelbagai jenis kopi berperisa antaranya americano, latte, caramel macchiato, chocolate dan minuman berasaskan soda dan yogurt. "Selain minuman berasaskan kopi, kita juga ada makanan lain seperti kek batik, kek coklat, chicken tender, kerabu maggi dan vietnam rolls," katanya. Menurut beliau, harga ditawarkan antara RM7 hingga RM11 mengikut jenis minuman, dan sambutan pelanggan semakin menggalakkan. "Harga bagi setiap cawan kopi bermula RM7.00 hingga RM11.00. "Purata jualan pada hari biasa sekitar 30 hingga 50 cawan dan meningkat sehingga 80 cawan pada hari minggu," jelasnya. Rabiatull berkata mereka bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka kedai tetap yang lebih selesa dan strategik. "Insya-Allah suatu hari nanti jika diizinkan, kami bercadang untuk membuka kedai yang lebih selesa. "Orang ramai boleh menikmati kopi dengan suasana angin pantai," ujarnya.  
02 Oct 25
181
Pasar Payang Bakal Beroperasi Hingga 12 Malam
Pasar Payang Bakal Beroperasi Hingga 12 Malam
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos – Langkah menjadikan Pasar Payang sebagai lokasi pelancongan malam dijangka membuka lembaran baharu dalam usaha memperkasa ekonomi tempatan dan menyemarakkan nilai budaya negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, kerajaan negeri bercadang memanjangkan waktu operasi Pasar Payang sehingga jam 12 malam sebagai usaha memenuhi permintaan pelancong dan rakyat. "Kita minta dan mencadangkan supaya buat jualan sehingga jam 12 malam, selama ini setakat jam 6 petang sahaja. "Disebabkan ada permintaan yang luar biasa, kita bakal buka dalam masa seminggu dua lagi setelah jabatan pelancongan menyediakan pencahayaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media, dalam sesi walkabout di Pasar Payang sempena agihan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-48, yang turut dihadiri bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Jusman Ibrahim, di sini hari ini. Menurut beliau, inisiatif ini bakal dimulakan secara berperingkat pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan kerjasama padu antara MBKT dan para peniaga. "Apabila kita tanya kepada para peniaga, mereka boleh bersedia. "Pihak kerajaan memang menyokong penuh untuk beri pendapatan lebih kepada pekedai dan akan dibimbing sisi oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu," jelasnya lagi. Razali berkata, pelaksanaan waktu malam ini akan melibatkan kedua-dua Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2, demi memastikan limpahan manfaat dirasai secara menyeluruh oleh para peniaga. "Kita akan cadang kepada kedua pasar, Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2. "Saya sendiri dapat lihat, memang begitu ceria sekali para peniaga, dan ramai yang sudah berniaga hingga 30-40 tahun serta diwarisi anak cucu," ujarnya.    
03 Aug 25
1588
Syarikat Terengganu Raih Pendapatan Tertinggi, Untung Lima Tahun Berturut-Turut
Syarikat Terengganu Raih Pendapatan Tertinggi, Untung Lima Tahun Berturut-Turut
Anak Syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatat pencapaian cemerlang apabila merekodkan pendapatan sebanyak RM645.6 juta bagi tahun 2024 menjadikan ia tertinggi dalam sejarah, seterusnya mengekalkan keuntungan lima tahun berturut-turut. 
18 Jun 25
482
Syarikat Terengganu Raih Pendapatan Tertinggi, Untung Lima Tahun Berturut-Turut
Syarikat Terengganu Raih Pendapatan Tertinggi, Untung Lima Tahun Berturut-Turut
KUALA TERENGGANU, 17 Jun – Anak Syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatat pencapaian cemerlang apabila merekodkan pendapatan sebanyak RM645.6 juta bagi tahun 2024 menjadikan ia tertinggi dalam sejarah, seterusnya mengekalkan keuntungan lima tahun berturut-turut.  Pengerusi TDM Berhad, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, prestasi itu sangat membanggakan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan peningkatan kos operasi. “Daripada jumlah itu, Bahagian Penjagaan Kesihatan yang dikendalikan Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare) menyumbang RM354.4 juta, dengan rangkaian lima hospital pakar dan kapasiti katil sebanyak 412 buah. Sektor ini kini menjadi aset strategik utama kepada kumpulan dan dijangka terus berkembang hasil pelaburan berterusan. “Sementara itu, Bahagian Perladangan di bawah TDM Plantation Sdn. Bhd. mencatat pendapatan sebanyak RM291.2 juta, meningkat daripada RM261.6 juta pada tahun sebelumnya, didorong oleh harga minyak sawit mentah (CPO) yang stabil serta output pengeluaran yang lebih tinggi,” katanya.  Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-60 di KMI Kuala Terengganu Medical Centre, hari ini.  Menurut beliau, kejayaan itu didorong kekuatan sebenar syarikat yang terletak pada struktur organisasi mantap, pasukan pengurusan cekap, serta hala tuju perniagaan jelas dan bersepadu. “Perkara terbaik di TDM ialah kekuatan pasukan kami yang mantap, dari peringkat tertinggi hingga ke barisan hadapan. “Kami juga memiliki pengurusan yang efisien dalam kedua-dua sektor, perladangan dan penjagaan kesihatan, dengan pengurus ladang antara tunjang utama kejayaan syarikat,” katanya  Beliau turut menegaskan komitmen TDM untuk terus memperkemas operasi dan mencapai tahap kecekapan maksimum demi menjamin pulangan jangka panjang yang mampan. “Kita sedang mengoptimumkan lagi pengoperasian supaya mencapai tahap maksimum. “Pertumbuhan yang kita capai dalam bahagian healthcare telah memberi pulangan yang sangat baik kepada syarikat,” jelasnya.
17 Jun 25
4273
MPK-IGNIS Meterai Perjanjian Konsesi Bagi Pengurusan Sisa Pepejal
MPK-IGNIS Meterai Perjanjian Konsesi Bagi Pengurusan Sisa Pepejal
KEMAMAN, 15 Januari - Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Syarikat Ignis Wawwa (Terengganu) Sdn.Bhd telah memeterai Perjanjian Konsesi Bagi Pengurusan Sisa Pepejal di Tapak Pelupusan Bukit Takal, Mak Chili dan Tapak Pelupusan Bukit Gelugor, Kerteh di Hotel Saujana Subang, Shah Alam, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata MoU antara kedua-dua pihak itu mampu memberi impak yang sangat baik dan berjaya mencapai objektif bagi memastikan sampah lama dan baru dapat diurus dengan sempurna. "Perkara utama adalah menjaga alam sekitar dan ia mampu memberi impak yang lebih positif dan memenuhi keperluan industri dan negara selaras dengan prinsip alam sekitar, kestabilan, dan tadbir urus," katanya yang juga menyaksikan majlis yang bersejarah itu. Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) MPK, Fadli Yusof Zakaria berkata kapasiti sampah yang dapat dijana di Daerah Kemaman adalah 200 tan per hari. "Keadaan kedua-dua tapak memerlukan proses pemulihan yang stabil dan terurus bagi memastikan sampah lama dan baru dapat diurus dengan sempurna. "Oleh yang demikian, pihak MPK telah bersetuju melantik Syarikat Ignis Wawwa (Terengganu) Sdn.Bhd bagi menjalankan proses pemulihan tersebut. "Projek yang dijalankan ini adalah bertepatan dengan konsep kerajaan negeri bagi mengguna pakai kaedah "Waste To Energy" yang memberi pulangan tinggi kepada pihak MPK," ujarnya. Katanya lagi, dengan memproses sisa pepejal di tapak pelupusan sampah, jangka hayat tapak pelupusan lebih panjang. "Ianya juga mampu memberi penjimatan perbelanjaan pengurusan sisa buangan yang ditanggung oleh MPK. "Selain itu, ia akan mengurangkan pencemaran air bawah tanah melalui teknologi hijau yang digunakan dan juga akan merancakkan ekonomi melalui penghasilan pelbagai produk dan hasil serta menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk setempat,"jelas beliau.    
15 Jan 25
452
Peniaga Santan Terharu Terima Sumbangan
Peniaga Santan Terharu Terima Sumbangan
Seorang peniaga santan, Rozimah Abdullah, 47 tahun, dari Kg Gong Kekabu, Bukit Payung, tidak dapat menahan perasaan sebak apabila menerima sumbangan berharga melalui Program Komuniti Usahawan.
05 Jan 25
69
Peniaga Santan Terharu Terima Sumbangan
Peniaga Santan Terharu Terima Sumbangan
KUALA TERENGGANU, 31 Disember – Seorang peniaga santan, Rozimah Abdullah, 47 tahun, dari Kg Gong Kekabu, Bukit Payung, tidak dapat menahan perasaan sebak apabila menerima sumbangan berharga melalui Program Komuniti Usahawan hari ini.  Bantuan yang diterima dalam bentuk mesin proses santan, kereta tolak dan beberapa peralatan perniagaan lain diharapkan dapat memberikan dorongan baru untuk memperkasa perniagaannya yang dimulakan pada Mac 2024. Rozimah, yang memulakan perniagaannya tanpa pengalaman, berkongsi rasa syukur dan terima kasih atas bantuan yang diterima.  “Saya sangat terharu dengan kehadiran Yang Berhormat (YB)  Ariffin dan pegawai Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) pada hari ini.  “Saya tidak menyangka akan menerima bantuan ini, apatah lagi dalam keadaan yang baru memulakan perniagaan,” ujarnya dengan nada penuh emosi. Beliau juga meluahkan rasa terima kasih yang mendalam kepada kerajaan negeri atas keprihatinan yang diberikan kepada peniaga kecil sepertinya.  “Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada YB  dan kerajaan negeri.  “Semoga mereka dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan dipermudahkan segala urusan,” katanya. Ibu kepada tiga orang anak itu memulakan perniagaan santan di Bukit Payung sebelum berpindah ke halaman rumahnya pada Mei 2024.  Walaupun tanpa pengalaman dan menghadapi pelbagai cabaran, dia tetap bersemangat untuk terus menjalankan perniagaan demi masa depan keluarganya.  Bantuan yang diterimanya hari ini diharap dapat meringankan beban dan memberi impak positif dalam memperkembangkan lagi perniagaannya.
31 Dec 24
242
35 Usahawan Kecil Terengganu Terima Pinjaman Tanpa Riba
35 Usahawan Kecil Terengganu Terima Pinjaman Tanpa Riba
SETIU, 10 Disember - Seramai 35 usahawan kecil menerima suntikan modal pinjaman tanpa faedah berjumlah RM418,000 menerusi Program Jaya Diri (PJD), sebuah inisiatif dari Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).  Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata program itu bertujuan membantu usahawan kecil-kecilan memulakan atau mengembangkan perniagaan seperti kedai makan, jahitan pakaian, kedai runcit dan sebagainya. “PJD bukan sekadar pinjaman kewangan, tetapi peluang untuk rakyat membina kehidupan lebih baik.  “Hari ini adalah hari bertuah untuk semua penerima, pinjaman ini boleh menjadi permulaan untuk mengubah kehidupan keluarga dengan rezeki perniagaan di masa akan datang,” kata beliau. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Modal PJD Peringkat Negeri di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Setiu, di sini semalam. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri; Mohd Yusop Majid, Penyelaras DUN Permaisuri; Zul Bhari A Rahman. Beliau turut menjelaskan keunikan pinjaman ini yang bebas faedah, sejajar dengan prinsip Islam.  “Pinjaman tanpa riba atau bunga ini istimewa, bila kita gunakannya dengan betul, ia akan membawa keberkatan dalam perniagaan dan bakal dilimpahi rezeki yang mencurah. “Sebanyak RM418,000 telah diagihkan kepada 35 peserta, termasuk 11 dari Besut, 22 dari Setiu, dan dua dari Marang.  “Setiap peserta menerima pinjaman antara RM5,000 hingga RM20,000 berdasarkan jenis perniagaan yang dijalankan,” jelasnya. Menurut Maliaman, kebanyakan penerima bantuan adalah ibu tunggal yang memikul tanggungjawab besar mengurus keluarga sambil mencari rezeki.  “Saya sangat kagum dengan kekuatan para ibu ini yang gigih berusaha untuk anak-anak mereka. “Komitmen membayar balik pinjaman adalah cabaran yang perlu ditempuhi.  “Jika kita jujur dan bersungguh-sungguh, rezeki pasti akan datang, cuma cepat atau lambat,” tegasnya. Maliaman turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan terus meneliti permintaan untuk meningkatkan jumlah modal pinjaman berdasarkan keperluan dan potensi perniagaan.  “Kerajaan sentiasa terbuka untuk menambah baik program ini demi kesejahteraan rakyat. “Kami sentiasa meneliti hasrat dan keperluan untuk menambah jumlah modal pinjaman pada masa hadapan, bergantung kepada situasi kewangan dan potensi peserta,” katanya. Tambah Maliaman, PJD selaras dengan konsep ‘negeri berkebajikan’, di mana kerajaan membantu rakyat dan rakyat turut menyokong satu sama lain.  “Program ini diharap dapat menjadi jalan keluar dari belenggu kemiskinan dan memberi peluang untuk semua bangkit memajukan diri. “Inisiatif ini diharapkan memberi semangat baru kepada usahawan kecil untuk terus mengorak langkah maju ke hadapan,” ujarnya.  
10 Dec 24
496
Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
LONDON, 13 November - Chicken Cottage, jenama makanan segera halal milik anak syarikat Terengganu Inc, telah mencipta sejarah dengan pembukaan 'outlet' terbarunya yang ke-67 di Camden Town, London.  Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan pembukaan premis terbaru itu sebagai pencapaian penting bukan hanya untuk jenama itu tetapi juga untuk ekonomi setempat.  “Pembukaan outlet baharu Chicken Cottage di Camden Town ini bukan sahaja mencerminkan daya saing jenama ini di pentas antarabangsa, malah membuka peluang pekerjaan serta menyumbang kepada ekonomi tempatan.  “Kami berbangga dengan pencapaian jenama ini dan berharap agar syarikat ini terus berkembang maju,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Perasmian Pembukaan 'Outlet' di sini, hari ini. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom; Dato’ Zakri Jaafar, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc; Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Chicken Cottage; Greg Milne. Majlis pembukaan ini bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 Chicken Cottage, yang kini semakin kukuh di United Kingdom (UK), walaupun industri makanan dan hospitaliti berdepan pelbagai cabaran.  Chicken Cottage yang terkenal dengan hidangan ayam goreng dan panggangnya, telah membina reputasi sebagai jenama makanan halal berkualiti dengan kehadiran lebih 60 'outlet' di UK termasuk di kota besar seperti Glasgow, Newcastle, Cambridge, Oxford, dan Canterbury. Dalam pada itu, Burhanuddin Hilmi juga mengulas tentang sambutan hangat pelanggan terhadap jenama tersebut yang memiliki pelbagai menu untuk memenuhi cita rasa ramai.  “Camden ialah 'outlet' ke-10 yang dibuka pada tahun 2024, melengkapkan rangkaian outlet di lokasi strategik lain seperti Carnoustie, Hemel Hempstead, Hounslow East, Northwood Hills, Houghton Regis, Chiswick, Holloway Road, Aylesbury dan Borough High Street. “Ini adalah bukti komitmen Chicken Cottage untuk terus berkembang,” ujarnya. Untuk rekod, transformasi Chicken Cottage menjadi semakin jelas sejak dua tahun lalu apabila Greg Milne menerajui syarikat ini dan memperkenalkan reka bentuk dalaman moden, kios digital, serta aplikasi mudah alih bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan.  Greg Milne menyatakan bahawa pembukaan outlet di Camden ini mencerminkan kekuatan dan daya tahan Chicken Cottage untuk terus berkembang di pasaran UK.  “Pada saat banyak syarikat lain terpaksa mengurangkan operasi, Chicken Cottage tetap memilih untuk berkembang dengan yakin, sekali gus membuktikan asas kukuh jenama tersebut serta komitmen mereka dalam menyediakan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. “Kehadiran outlet terbaru ini bukan sahaja memudahkan penduduk Camden menikmati hidangan halal berkualiti, tetapi turut menarik perhatian pelancong yang mengunjungi London,” jelasnya. Chicken Cottage kini memperkukuh visinya di peringkat global dengan merancang pembukaan dua lagi outlet di Oban dan Brixton sebelum akhir tahun ini. Ia akan dikendalikan oleh usahawan terkemuka Nigeria, Mohammed Adebola Sheidu, yang juga Pengerusi Eksekutif Brains & Hammers, salah satu syarikat hartanah terbesar di Nigeria. Selain mengukuhkan kehadiran di UK, Chicken Cottage juga akan meluaskan empayarnya ke Afrika dan Timur Tengah dengan tujuh outlet baru di Kenya serta beberapa outlet di Oman.
13 Nov 24
6054
TDM Bina Dua Hospital Baru
TDM Bina Dua Hospital Baru
Selaras penjenamaan semula Kumpulan TDM Berhad, anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu itu bakal meningkatkan tumpuan kepada divisyen penjagaan kesihatan dengan pembinaan dua buah hospital baharu, bermula tahun depan.
16 May 23
119