Artikel "belia" Terkini
110 Ahli MPBN Bersidang Bincang Hala Tuju Belia Negara
KUALA TERENGGANU, 28 Julai – Seramai 110 Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Terengganu memulakan persidangan mereka di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu hari ini, bagi membincangkan hala tuju pembangunan belia di negeri dan negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, berkata MPBN yang ditubuhkan sejak 1971 oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berperanan sebagai wadah utama menyuarakan inspirasi serta pandangan belia, sekali gus menjadi platform penting untuk menyelaras dasar pembangunan generasi muda.
“Majlis ini bukan sekadar pertemuan rasmi, tetapi satu sesi libat urus dan persidangan intelektual yang menggabungkan kerjasama serta sinergi antara kerajaan dengan kepimpinan pertubuhan belia.
“Melalui platform ini, setiap pandangan, idea, teguran dan cadangan daripada golongan belia dapat disalurkan secara berkesan, sekali gus diterjemahkan kepada dasar dan tindakan yang lebih dinamik,” katanya ketika merasmikan MPBN Peringkat Negeri Terengganu, Sidang Pertama Penggal Ke-35 Sesi 2025–2026, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Dato’ Abdul Kahar Abdul Latif; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Asmadi Mohamad; serta Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu, Anas Hazizul Muhamad.
Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, MPBN terbukti berkesan memainkan peranan dalam merangka hala tuju pembangunan belia sejak penubuhannya.
“Bagi memperkukuh peranan tersebut, MPBN turut diperluas ke peringkat daerah bagi meneliti secara lebih dekat intipati, permasalahan serta idea berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Kerja MPBN yang terdiri daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, badan gabungan dan urus setia persidangan yang telah memastikan kelancaran penganjuran.
“Saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah merancang dan menjayakan persidangan yang penuh bermanfaat ini,” katanya.
28 Jul 25
97
Belia Terengganu Diseru Kuasai IR 4.0, AI dan Data Raya
Belia Terengganu tidak boleh terus berada di zon selesa sebagai pengguna teknologi semata-mata, sebaliknya perlu tampil sebagai pencipta perubahan dalam era Industri Revolusi 4.0 (IR4.0)
26 May 25
113
'My Safe Road' Usaha Kurangkan Kadar Kemalangan Kalangan Belia
KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Kerajaan Terengganu telah mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai 'My Safe Road Terengganu' dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di negeri Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, apa yang merisaukan adalah golongan belia mencatatkan angka tertinggi dalam kemalangan jalan raya di Terengganu yang kebiasaannya merupakan pengguna motosikal.
"Insya-Allah, pihak Kerajaan Negeri amat berbesar hati atas usaha kerjasama ini dan akan membuka ruang buat pihak JPJ terlibat sama dalam aktiviti melibatkan belia.
"Dalam usaha memberikan kesedaran semasa (ketika) berada di jalan raya," ujarnya melalui satu kenyataan, di sini, semalam.
Dalam pada itu beliau merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pengarah JPJ negeri Terengganu bersama delegasi pihak terbabit yang telah mengadakan kunjungan hormat di Wisma Darul Iman, bagi membincangkan usaha mengurangkan kemalangan di negeri Terengganu.
12 Mar 25
124
Terengganu Sokong Belia Pacu Langkah Memajukan Negeri
Kerajaan Terengganu berharap persatuan-persatuan belia di Terengganu terus memacu langkah mrmajukan anak-anak muda tempatan.
29 Oct 23
107
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Belia Puji Kerajaan Negeri Pelbagaikan Program Keagamaan
Program keagamaan yang diadakan sepanjang tahun 2022 di Terengganu ini telah berjaya membentuk diri anak muda ke arah kebaikan.
03 Jan 23
162
Permohonan Bantuan i-Belia Dibuka Julai
Permohonan bantuan 'one-off' atau i-Belia untuk anak muda dan mahasiswa akan mula dibuka pada Julai depan.
27 Jun 22
560
Peruntukan RM2.5 Juta Fokus Pembangunan Belia
Kerajaan Terengganu melancarkan penubuhan Akademi Kepimpinan Al-Fateh bagi melahirkan generasi belia dan beliawanis Terengganu yang seimbang.
22 Jun 22
160
ADUN Belia Platform Anak Muda Sampaikan Cadangan
KUALA NERUS, 22 Februari - Idea melaksanakan sidang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia adalah cadangan daripada Menteri Besar Terengganu bagi membolehkan anak muda menyampaikan sebarang penambahbaikan kepada kerajaan negeri.
Pegawai Urus Setia Belia Sukan Dan NGO Negeri Terengganu (UBSNT), Tuan Nornajihah Tuan Ramli, berkata tujuan asal ADUN Belia ini adalah untuk memberi pendedahan kepada belia tentang undang-undang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dasar kerajaan.
"Terengganu mempunyai Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) di mana pada tahun ini UBSNT perlu laksanakan akademi Al-Fateh dan Anjung Sejahtera (NGO), doakan semoga ianya bermanfaat untuk belia, " ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Kem Temuduga ADUN Belia 2021-2023 Generasi 2 yang dijalankan di Felda Wilayah Terengganu, Tepoh di sini kelmarin.
Sementara itu, Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail ketika merasmikan majlis penutup program terbabit berkata cabaran kepimpinan hari ini sangat hebat dan kemungkinan di masa akan datang bertambah lagi.
"Pamerkan kepimpinan yang baik malah lebih baik daripada ADUN Belia generasi satu," pesannya lagi kepada 30 peserta yang hadir.
22 Feb 22
232
Sasar 320 Pendaftaran Bagi Pemilihan Adun Belia Terengganu
Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBNST) menyasarkan 320 calon akan berdaftar untuk mewakili 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pemilihan Ahli Dewan Undangan (Adun) Belia sesi 2021/2023.
15 Dec 21
280