Artikel "banjir" Terkini
Rumah Tenggelam Dalam Tempoh Kuarantin
Satu keluarga di Kampung Teladas reda dengan ketentuan Illahi apabila hampir seluruh barang dan perabot musnah dalam bencana banjir baru-baru ini.
10 Mar 22
92
RM1.7 Juta Untuk Mangsa Banjir Terengganu
Sebanyak RM1.7 juta diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir Terengganu yang disalurkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui pelbagai agensi di bawahnya.
10 Mar 22
167
Skuad Uniti' Pasukan Hadapan Urus Komuniti Hadapi Banjir
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui Skuad Uniti sedia berperanan sebagai pasukan hadapan untuk menghadapi serta menangani situasi tidak terduga seperti bencana banjir.
28 Nov 21
523
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat.
“Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut.
Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional. Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.
"Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya.
Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu.
"Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
386
Banjir Gelombang Keempat Di Terengganu Mula Surut
Perkembangan terkini fasa keempat banjir di Terengganu menunjukkan trend penurunan dari segi mangsa terlibat dan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
24 Dec 20
89
'Kali Pertama Dipindahkan Undang Berbagai Rasa'
KUALA TERENGGANU, 24 November – Penempatan seramai 10 buah keluarga yang berjumlah 25 orang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Chendering mendapat reaksi yang pelbagai.
Namun,rata-rata daripada mangsa yang ditempatkan di PPS tersebut bersyukur dan berterima kasih atas kemudahan asas yang disediakan oleh pihak berkuasa.
Seorang mangsa yang tinggal di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai, Maimun Ali, 53 mengatakan perasaannya bercampur baur kerana ini merupakan pengalaman yang pertama kali beliau rasai.
“Rasa teruja ada dan rasa bimbang juga ada kerana kita bimbang dengan keselamatan rumah.
“Tapi, alhamdulillah barang-barang di rumah semua telah diangkat ke tingkat atas dan saudara yang terdekat ada untuk menjaga rumah tersebut,” katanya.
Manakala bagi Tuan Kalsum Abu Bakar, 70 merasa bimbang akan keselamatan keluarga dan rumah yang diitinggalkan.
“Di rumah ada cucu yang tidak berpindah ke sini kerana ingin menjaga rumah dan ada yang tumpang tinggal di rumah saudara yang berdekatan," katanya ketika di temu bual oleh wartawan.
Turut memeberikan respon sama sepasang suami isteri Mohd Harun Awang, 70 dan Ngah Ali, 74 yang berkongsi pengalaman diselamatkan oleh pihak bomba menaiki bot penyelamat.
Sementara itu, pengamal perubatan, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah telah datang ke PPS tersebut bagi menemui mangsa banjir di situ.
Beliau yang juga isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, turut menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan pakaian kepada mangsa.
24 Nov 20
325