lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Penerbangan Tempahan Terus Dari China Rancakkan Pelancongan Terengganu
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Penerbangan tempahan terus dari Fuzhou, China ke Terengganu bakal merancakkan industri pelancongan di negeri itu selepas merekodkan sejumlah 4.79 juta pelancong tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, penerbangan julung kalinya itu akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) pada 26 Ogos ini pada 11 pagi dengan membawa seramai 166 pelancong dan ahli perniagaan dari negara tembok besar itu.Jelasnya, penerbangan berkenaan diuruskan oleh sebuah syarikat swasta iaitu VUB Holdings Sdn Bhd dan akan berada di Terengganu selama lima hari empat malam.“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan usaha syarikat berkenaan dalam membantu merealisasikan hasrat dan visi kerajaan negeri sekali gus menjadikan LTSM sebagai hab penerbangan terus dari luar negara terutamanya dari negara China.“Ini merupakan pembuka jalan dan selepas ini, banyak lagi penerbangan tempahan yang kita rancang dari China ke Terengganu dalam merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.“Ia juga selaras dengan penganjuran Visit Malaysia 2020 dan kempen Beautiful Terengganu yang sedang kita laksanakan,” katanya dalam sidang media di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, kumpulan pelancong dan ahli perniagaan berkenaan akan dibawa melawat Tasik Kenyir, Pulau Redang dan kawasan sekitar Kuala Terengganu serta dijangka pulang melalui penerbangan tempahan terus ke Fuzhou, China pada 30 Ogos depan.Kerajaan negeri dan syarikat berkenaan juga mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi dialog usahawan bersama Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.“Kita harapkan dengan adanya kerjasama antara kerajaan dan pemain-pemain industri ini, kita membuka ruang untuk mereka lebih mengenali tempat-tempat pelancongan yang lain seperti Tasik Kenyir dan sekitar Kuala Terengganu,” katanya.Jelas Ariffin lagi, syarikat VUB Holdings Sdn Bhd dan beberapa pemain industri lain juga sedang merangka rancangan untuk membawa lebih ramai pelancong dari Jepun, Korea serta China ke Terengganu dalam fasa berikutnya.
21 Aug 19
128
Empty Image
Pewartaan Taman Negeri Tunjang Pemuliharaan Habitat Setiu Wetlands
Pengurusan Taman Negeri berusaha adakan siri-siri penerangan dan pendidikan kepada masyarakat.SETIU, 20 Ogos – Perwartaan Taman Negeri bukan bererti kerajaan negeri ingin menyekat peluang komuniti setempat untuk menjana hasil melalui sumber yang ada.Timbalan Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Normah Nik memaklumkan, perwartaan taman negeri bertujuan memelihara habitat dan arkeologi, flora dan fauna yang menjadi sumber pendapatan bagi komuniti setempat.“Ketika diperingkat awal kita wartakan, ia kelihatan seolah-olah kita menutup peluang mereka untuk ambil sumber yang ada. Sebenarnya lebih besar daripada itu, kita tidak melarang pengunjung yang ingin berekreasi dan penduduk tempatan yang bergantung hasil kepada hidupan di taman negeri.“Sebaliknya, pihak taman negeri mendidik mereka mengambil sumber secara lestari tanpa menjejaskan kehidupan yang ada. Secara tidak langsung kita dapat kawal kemasukan dan pencerobohan,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu program Jom Kenal Taman Negeri Terengganu di Setiu Wetland, semalam.Program tersebut bertujuan memperkenalkan Enakmen Taman Negeri kepada sekitar 30 peserta dari jabatan-jabatan serta agensi kerajaan negeri serta kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai taman negeri.  Normah NikMenurut Normah, cabaran utama bagi pihak taman negeri adalah untuk mendidik masyarakat awam terutama komuniti setempat dari segi enakmen yang telah diwartakan.“Enakmen Taman Negeri telah wujud sejak tahun 1986 lagi. Bagaimanapun, kerajaan negeri bersetuju meminda enakmen yang lama dan mewartakan Enakmen Taman Negeri 2017 yang lebih progresif  merangkumi keseluruh bidang perlindungan dan pembangunan komuniti yang mula dikuatkuasakan Februari tahun lalu.“Sebenarnya, kita ketinggalan agak jauh berbanding Sabah yang sudah 55 tahun dan Johor yang melaksanakannya lebih awal. Tetapi, positifnya, apa-apa kegagalan yang berlaku sebelum ini boleh dielakkan dari pihak kita dengan wujudnya pewartaan ini,” katanya.Terengganu mewartakan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) fasa pertama seluas 432 hektar dan Tasik Kenyir seluas 30,000 hektar sebagai taman negeri.Manakala, kerajaan negeri turut bercadang mewartakan Pulau Tenggol yang berkeluasan kira-kira 2,000 hektar pada masa akan datang.Beliau turut menyatakan, kerajaan negeri proaktif dalam memulihara alam sekitar dan dengan pewartaan taman negeri, ia lebih terjamin.“Sesuatu yang mengejutkan, pewartaan Setiu Wetlands pada bulan Mei 2018 disambut majoriti penduduk setempat, kami juga menerima penyertaan yang positif dalam setiap program yang membolehkan komuniti di sini terlibat secara langsung.“Perkara ini banyak membantu pihak kami untuk menguruskan Setiu Wetlands,” katanya yang turut menjelaskan bahawa pengurusan taman negeri turut berkerjasama dengan komuniti kawasan yang dikenali sebagai ‘Sahabat Setiu’.
20 Aug 19
1683
Empty Image
Aura Drawbridge Terengganu Tarik Orang Terbang
Juruterbang paramotor terbang berhampiran Drawbirdge.KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Dengan berlatar belakangkan keindahan Jambatan Angkat atau ‘Drawbridge’ sebagai mercu ikonik baharu negeri Terengganu, seramai kira-kira 30 juruterbang paramotor melakukan penerbangan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu, semalam.Timbalan Presiden Persatuan Paramotor Malaysia, Rohaizi Md Hussin, 49, memaklumkan, program Fly In Terengganu 2019 itu merupakan julung kali diadakan di Malaysia dengan mengumpulkan juruterbang paramotor dari seluruh negeri.“Mengapa kita pilih Terengganu? Kerana negeri ini memiliki aura tersendiri di samping kami ingin mengambil kesempatan menjadi kumpulan pertama di Malaysia yang terbang di ‘Drawbridge’ yang difahamkan terpanjang di dunia,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media sewaktu acara berkenaan di muara utara Seberang Takir.Rohaizi Md Hussin.Program Paramotor Fly In Terengganu berlangsung selama dua hari, bermula Sabtu lalu dengan sesi penerbangan berkumpulan dari Dungun ke Kuala Terengganu dengan jarak penerbangan sejauh 80 km.“Walaupun ada sedikit jerebu, kami dapat menikmati landskap yang cantik dengan udara dan cuaca yang menarik.“Secara peribadi, saya telah terbang banyak tempat di seluruh dunia, tetapi hanya di Terengganu saya dapat lihat pantai terpanjang dalam penerbangan kami,” katanya.Juruterbang bergambar bersama paramotor.Dalam pada itu, Penolong Pengarah (Promosi) Tourism Terengganu, Muhammad Fakhri Khazali mengalu-alukan kehadiran penggiat sukan lasak itu ke Terengganu.“Ini adalah sisi baharu negeri ini dan kita berbesar hati mengalu-alukan para pelancong dalam apa juga kecenderungan dan minat untuk hadir menikmati keunikan negeri ini,” katanya.Berdasarkan rekod, Terengganu pernah terpilih sebagai lokasi FAI Asia Ocenia Paramotor Championship (AOPC) pada tahun 2015.Bagi tahun 2020, Persatuan Paramotor Malaysia merancang membawa 30 juruterbang antarabangsa untuk menyertai penerbangan dari Kuala Terengganu ke Kijal dengan jarak kira-kira 300km penerbangan.Manakala, sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara, persatuan berkenaan akan mengadakan program Merdeka Paramotor Ride pada 30 dan 31 Ogos ini di Kuala Terengganu. Peminat sukan lasak yang ingin menikmatinya boleh mendapatkan tiket di Hotel Primula dengan kadar RM250 bagi satu tiket.  
05 Aug 19
780
Empty Image
Hidupkan Kembali Bukit Puteri Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Kerajaan negeri akan menghidupkan kembali Bukit Puteri yang kini nampak suram, dengan menarik kedatangan lebih ramai pengunjung serta mengukuhkan kedudukan lokasi berkenaan sebagai antara produk tarikan pelancongan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kawasan itu dahulunya merupakan lokasi tumpuan ramai berikutan kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Pasar Besar Kedai Payang, Istana Maziah serta Masjid Abidin yang merupakan destinasi persinggahan pelancong. Justeru, bagi membangunkan semula Bukit Puteri, pihaknya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 untuk mengadakan gotong-royong di lokasi bersejarah itu.“Pelbagai peninggalan sejarah masih jelas dapat dilihat di Bukit Puteri ini, antaranya tempat simpanan bedil dan meriam, genta (loceng besar), meriam beranak, tiang bendera, rumah api dan sebagainya tetapi malangnya lokasi menarik ini telah terbiar hampir tiga tahun disebabkan masalah-masalah tertentu.“Bagi peringkat awal, kita akan adakan aktiviti gotong-royong dalam masa terdekat yang melibatkan pelbagai pihak termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pejabat Daerah Kuala Terengganu serta komuniti bandaraya ini sendiri untuk bersama-sama menggembleng tenaga membangunkan kembali Bukit Puteri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Kuala Terengganu, hari ini.Ariffin berkata, beliau yakin Bukit Puteri berupaya kembali menjadi lokasi tumpuan pelancong selepas penambahbaikan dilakukan kerana lokasinya yang strategik di samping ianya seumpama pakej kepada pelancong yang mengunjungi kawasan sekitarnya termasuk dengan adanya jambatan angkat atau ‘drawbridge’ tarikan baharu bandaraya ini.  
05 Aug 19
448
Empty Image
Pekan Budaya Tonjol Keunikan Seni, Adat Warisan Terengganu
Alias Razak melawat gerai-gerai yang terlibat dalam Pekan Budaya Kuala Nerus.KUALA NERUS, 4 Ogos - Pekan Budaya yang dianjurkan di seluruh daerah dalam Terengganu berperanan untuk menonjolkan keunikan seni dan adat warisan dalam negeri berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, setiap daerah termasuk Kuala Nerus mempunyai seni dan budaya tersendiri yang perlu dipromosikan supaya pelancong dari dalam dan luar negara tertarik dengan Terengganu.Jelasnya, perkara tersebut juga sangat penting bagi mengelakkan warisan yang ditinggalkan orang-orang terdahulu luput ditelan zaman.“Budaya kita ditenggelami oleh budaya luar yang datang ke negeri dan negara ini, terutamanya anak-anak muda yang lebih suka dengan hiburan, budaya dan fesyen-fesyen luar.“Ia sekali gus menjadikan budaya Melayu yang tinggi nilainya ini dilupakan, jadi inisiatif seperti pekan budaya ini adalah untuk mengangkat kembali nilai kebudayaan yang kita miliki,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jom Singgah Pekan Budaya Kuala Nerus di Pentas Terbuka Pantai Teluk Ketapang, di sini semalam.Alias Razak berkata, pekan budaya mampu membina masyrakat yang celik budaya.Hadir sama dalam majlis tersebut, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Zulkifli Ali, Jurutera Daerah Kuala Terengganu, Ir Anuar Ngah dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.Dalam pada itu, Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal turut menasihatkan seluruh masyarakat agar menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.Jelasnya, kebersihan menjadi keutamaan pelancong sebelum berkunjung ke sesuatu kawasan dan tempat.“Jika sikap kita tidak mengambil berat kepada kebersihan alam sekitar, ia bakal menjatuhkan imej negeri dan pelancong juga tidak akan berminat datang ke sini walaupun kita mempunyai budaya yang menarik,” tambah beliau.Program yang berlangsung selama tiga hari itu mendapat sambutan hebat apabila dihadiri ribuan penduduk setempat dan pelancong luar di samping keterlibatan 26 jabatan dan agensi negeri.
04 Aug 19
143
Empty Image
RM465 Ribu Bangunkan Pelancongan Tradisional Marang Terengganu
Ariffin (tengah) meluluskan peruntukan segera kepada pengusaha atap nipah, Norashikin (kiri) untuk membina bangsal pemprosesan atap yang lebih besar.MARANG, 4 Ogos - Kerajaan Terengganu sedang mempertimbang permohonan Pejabat Daerah Marang untuk mendapatkan peruntukan berjumlah RM465,000 bagi membangun dan mempromosikan semula industri pelancongan tradisional di Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sebanyak RM210,000 daripada keseluruhan dana disalurkan kepada pembangunan infrastruktur dan produk pelancongan di perkampungan tradisonal Kampung Jenang.Jelasnya, ia termasuk projek menaik taraf jeti di kampung tersebut yang dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong apabila ia sempurna kelak.“Kampung Jenang memang terkenal sejak dahulu, ramai pelancong datang ke sini kerana keunikan hasil tempatan dan suasana kampungnya. Kami akan hidupkan kembali perkampungan ini supaya ia kembali menjadi destinasi pelancongan utama.“Industri kraftangan serta tempat pemprosesan 'nisang' (gula melaka), dodol serta makanan tradisional lain antara yang dikenali di kampung ini,” katanya selepas melawat kampung berkenaan, di sini hari ini.Industri pembuatan 'nisang' turut mencuri tumpuan pelancong di Kampung Jenang.Hadir sama dalam lawatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Wahad Osman.Kata Ariffin lagi, Kampung Batu Putih yang terletak bersebelahan Kampung Jenang turut menerima manfaat apabila sebanyak RM255,500 akan diperuntukkan bagi pembangunan Dataran Batu Putih (jeti sungai) sebagai tarikan baharu untuk pelancong.Tambah beliau, kawasan tanah lapang berhampiran jeti tersebut juga akan dibangunkan sebagai Lembah Kelapa Marang.“Hasrat itu secara tidak langsung akan turut meningkatkan ekonomi penduduk di sekitar ini yang pada asasnya mengusahakan perniagaan yang sama sebagaimana penduduk Kampung Jenang,” tambah beliau.Sungai Jenang yang kaya dengan sumber semula jadi.
04 Aug 19
666
Empty Image
Setiu Terengganu Bakal Miliki Taman Tema Air
Ariffin (empat dari kanan) meninjau kawasan di Setiu dalam lawatan kerjanya baru-baru ini.SETIU, 30 Julai - Bandar Permaisuri, Setiu bakal mempunyai satu lagi tarikan pelancongan apabila kerajaan negeri meluluskan kerja pembinaan taman tema air bernilai lebih RM4 juta berhampiran Peladang Setiu Agro Resort, di sini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pelancongan sudah meluluskan kerja pembinaan taman tema air itu sejak dua bulan lalu.“Lokasi projek ini sangat menarik kerana terletak di atas bukit dan Peladang Setiu Agro Resort. Apabila projek ini siap kelak, daerah Setiu akan menjadi satu lagi destinasi agro pelancongan utama.“Setiu juga boleh dianggap sebagai pintu pelancongan kepada Terengganu,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja melawat tiga kawasan hutan lipur di daerah Setiu, di sini, baru-baru ini.Taman tema air itu dibangunkan di atas tanah seluas empat hektar dan dijangka siap akhir 2020. Ia juga dijangka menawarkan lebih 100 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan peniaga setempat.SUMBER: BERITA HARIAN
29 Jul 19
638
Empty Image
RM60 Ribu Baik Pulih Lata Cangkah, Lata Payung Terengganu
Ariffin (tengah) berdiri di atas jambatan gantung uzur yang menjadi laluan ke gunung Sarut dari Lata Payung.Oleh: Ariss AliasSETIU, 29 Julai - Peruntukan segera sebanyak RM60 ribu telah diluluskan untuk membaik pulih infrastruktur di dua tempat rekreasi terkenal di sini, Lata Cangkah dan Lata Payung.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyelesaikan beberapa isu kemudahan pusat pelancongan yang menjadi rungutan pengunjung.“Untuk jangka pendek peruntukan segera bagi membaiki infrastruktur di Lata Cangkah dan Lata Payung, ia akan melibatkan semua jabatan di peringkat daerah untuk menjayakan pelaksanaan itu.“Kami (kerajaan) juga akan bekerjasama dengan pejabat daerah, majlis daerah dan jabatan pelancongan akan merangka strategi serta pelan jangka masa panjang dengan perancangan bajet melebihi RM1 juta,” katanyaBeliau berkata demikian selepas ditemui media di Lata Payung, di sini semalam.Kemudahan di Lata Cangkah yang memerlukan pembaikian segera.Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (Promosi) Jabatan Pelancongan Negeri, Ahmad Fathil Abd Ghani, Pegawai Daerah Setiu, Haji Sophian Abu Bakar, Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mohd Iskandar Muhammad Aziz dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari Abd Rahman.Jelas Ariffin lagi, Gunung Sarut yang terletak berhampiran Lata Payung turut akan dilengkapi infrastruktur bagi menarik lebih ramai pelancong sekaligus merancakkan lagi pembangunan sosio ekonomi di sana.“Insya-Allah, jambatan gantung yang menjadi laluan masuk ke Gunung Sarut pula akan diangkat untuk pelaksanaan projek pada tahun hadapan.“Perkara yang paling penting juga ialah apabila selesai baik pulih infrastruktur, semua harus mengambil tanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak kerajaan sekiranya terdapat sebarang kejadian (kerosakkan) demi menambah baik industri pelancongan di Terengganu,” tambah beliau.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof yang turut hadir berkata, beliau gembira dengan dana segera yang diumumkan kerajaan negeri termasuk perancangan projek jambatan gantung ke Gunung Sarut.Gunung Sarut.“Gunung Sarut ini merupakan gunung tertinggi di Setiu dengan ketinggian 1,229 meter dari paras laut, sekiranya infrastruktur lengkap dibina saya yakin ini akan melonjakkan Daerah Setiu sebagai destinasi pilihan utama pelancong dari dalam dan luar negeri,” ujarnya. 
28 Jul 19
1634
Empty Image
Sungai Lasir Akan Dibuka Semula Minggu Hadapan
Ariffin semasa berucap di Festival Kenyir 2019.HULU TERENGGANU, 28 Julai - Kerajaan negeri memaklumkan Sungai Lasir yang keruh akibat aliran tanah ke sungai dari jalan pembalakan baru-baru ini, akan dibuka semula kepada umum tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sungai berkenaan telah kembali pulih seperti sediakala dan pihaknya bersedia membuka semula lokasi tumpuan pelancong itu.“Sungai Lasir kebelakangan ini menjadi topik tumpuan berikutan tular keadaan sungai yang keruh menggusarkan pengunjung tetap Tasik Kenyir terutama golongan kaki pancing.“Pelancong jangan susah hati kerana air sungai berkenaan telah pulih. Bagaimanapun, kita sengaja lanjutkan tempoh penutupan seminggu lagi bagi memastikan keadaannya sebelum dibuka semula,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Festival Kenyir 2019 di Pengkalan Gawi, semalam.Ariffin bersama Sivarasa di Festival Kenyir, semalam.Festival berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa K. Rasiah yang turut dihadiri Pengerusi KETENGAH, Dato' Zulkifli Mohamad dan Pengurus Besarnya, YM Tengku Ahmad Nazdri Tengku Musa.Festival yang dianjurkan setiap tahun itu menyajikan 35 acara yang menarik tumpuan ramai antaranya, pelbagai pertunjukan dan acara sukan air selain pameran produk kebudayaan negeri.Dalam pada itu, Ariffin menyatakan tindakan segera yang diambil kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) untuk menghentikan pembalakan serta pembinaan jeti membantu pelan mitigasi dilaksanakan dengan spesifkasi yang betul bagi mengatasi pencemaran sungai Lasir.“Buat sementara, pihak pengurusan Tasik Kenyir mengalihkan tumpuan pelancong ke Air Terjun Saok yang berjarak kira-kira 8 km dari Pengkalan Gawi sepanjang proses baik pulih sungai Lasir,” katanya.
27 Jul 19
33
Empty Image
Dapur Kenyir 'Penampilan Baharu' Pengkalan Gawi Terengganu
Sivarasa cuba memasak ikan bakar sambil diperhatikan Ariffin.HULU TERENGGANU, 27 Julai - Rangkaian kedai makan di Pengkalan Gawi dijenamakan semula sebagai Dapur Kenyir dalam usaha meningkatkan potensi Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan ulung negara.Penjenamaan itu merupakan satu daripada tiga aspek yang diperkemaskan sempena Festival Kenyir 2019 yang berlangsung sepanjang 25 hingga 28 Julai ini.Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa K. Rasiah menyatakan, pembaharuan yang dibawa  dalam festival kali ini membantu merancakkan industri berkenaan.Ukiran kayu antara tarikan Festival Kenyir."Selain penjenamaan Dapur Kenyir, Kenyir Street yang diketengahkan penganjur turut menampilkan produk tradisional negeri selain sukan air yang menarik perhatian ramai."Tahun ini, kita menyasarkan 80,000 pelancong akan berkunjung ke Festival Kenyir dengan sasaran pendapatan sebanyak RM1.6 juta," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan festival tersebut yang berlangsung di Pengkalan Gawi, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Dato' Zulkifli Mohamad dan Pengurus Besar KETENGAH, YM Tengku Ahmad Nazdri Tengku Musa.Dalam perkembangan sama, Ariffin memaklumkan, kerajaan negeri komited mempromosikan keindahan dan tarikan pulau-pulau di Tasik Kenyir."Kita juga sedang berusaha menyiapkan kemudahan, antaranya jambatan yang dijangka selesai pada hujung tahun ini dan hotel setinggi lapan tingkat dijangka siap pada Mac depan," katanya.Festival Kenyir telah diadakan sejak 1994 sebagai mempromosikan Tasik Kenyir dan keunikan alam semula jadinya kepada umum.Sebanyak 35 acara diadakan dengan penglibatan artis-artis selain penyertaan masyarakat setempat yang memperkenalkan budaya tempatan.
27 Jul 19
718