lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

ADUN Kemasik Sampaikan Bantuan Secara 'Drive Thru'
ADUN Kemasik Sampaikan Bantuan Secara 'Drive Thru'
KEMAMAN, 31 Januari – Berikutan kekangan pandemik Covid-19, Pusat Khidmat Masyarakat  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik melaksanakan kaedah 'drive thru' bagi menyampaikan bantuan kepada sekitar 200 golongan terjejas di DUN tersebut. Para penerima terdiri daripada pengusaha teksi, tukang gunting rambut, pemandu van dan bas sekolah serta guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Pemandu teksi melalui ruangan drive thru untuk menerima bantuan keperluan. Sumbangan dari PKM itu berupa barangan keperluan harian dan wang tunai diserahkan sendiri oleh ADUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili.   "Bertempat di pekarangan PKM Kemasik, bantuan ini diagihkan secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan untuk hadir. “Majlis seperti hari-hari biasa tidak boleh dilakukan, jadi kami mengambil inisiatif ini supaya tidak bercanggah dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan," katanya.  
31 Jan 21
598
Penderma Misteri Sumbang Mesin Basuh
Penderma Misteri Sumbang Mesin Basuh
SETIU, 31 Januari - Seorang penderma misteri menyumbang empat buah mesin basuh separuh automatik bagi kemudahan rakyat kurang berkemampuan. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, pihaknya sangat menghargai sifat pemurah individu terbabit. "Mesin basuh itu telah diserahkan kepada penerima di Mukim Guntong di sini awal pagi ini. "Sesungguhnya tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah, merujuk kepada sebuah hadis berkaitan sedekah atau sumbangan," katanya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Dalam pada itu, penerima yang ditemui mengucapkan syukur atas sumbangan itu dan tidak menyangka akan mendapat 'durian runtuh'.
31 Jan 21
221
'Terima Kasih Selangor'
'Terima Kasih Selangor'
KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Kerajaan Terengganu hari ini menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor atas sumbangan berjumlah RM500 ribu bagi membantu usaha pemulihan negeri akibat banjir. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melalui kenyataan di Facebook peribadinya hari ini, memaklumkan menerima sumbangan tersebut dalam satu majlis yang disempurnakan secara atas talian bersama Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, pagi ini sebagai simbolik penyerahan. "Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. "Alhamdulillah, setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas sumbangan berkenaan bagi membantu Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha pemulihan pasca banjir di negeri ini," tulisnya.
26 Jan 21
310
PKP 2.0: PKM Rhu Rendang Bantu Keluarga Terdesak
PKP 2.0: PKM Rhu Rendang Bantu Keluarga Terdesak
MARANG, 25 Januari - Tiada pampers untuk diberi pakai, tiada susu untuk diberi minum kepada anak yang berusia lapan bulan antara aduan yang diterima sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang bermula 22 Januari lalu. Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, aduan berkenaan sebuah keluarga ini telah diterima melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Desa Permai yang menyebabkan pihaknya turun meninjau seberapa segera. Keluarga Nor Hamizah Zukulaini, 33, mengalami kesempitan hidup setelah suami, Mohd Amyus Abu Bakar, 37, yang berkerja sebagai buruh kontrak di Kuala Lumpur diberhentikan kerja buat sementara waktu. Katanya, pihaknya telah memaklumkan hal berkenaan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang dan menyalurkan bantuan susu, pampers serta beberapa keperluan asas yang lain kepada keluarga ini. "Akibat daripada terputus mata pencarian, pasangan dan lima anak ini mengalami sedikit masalah kewangan sehingga tidak mampu memberikan susu untuk anak," katanya. Beliau berkata ketika menghantar sumbangan kepada satu keluarga yang terkesan di Taman Perumahan Darat Pak Chan bersama JKM. Menurutnya, sesiapa yang mengalami permasalahan seperti ini, sila berhubung dengan JPKK masing-masing dan PKM berdekatan supaya saluran bantuan dapat diberikan sebaiknya. "Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, mereka yang betul-betul terkesan kerana COVID-19 ini, akan kita bantu sebaik mungkin melalui agensi-agensi dan PKM di kawasan mereka. "Kita juga ingin menasihati masyarakat supaya tidak melakukan perkara yang tidak wajar apabila terdesak seperti mencari saluran yang tidak elok seperti pinjama tidak berlesen atau ceti haram," tambahnya.
25 Jan 21
805
Rumah Daif Milik Rahmat Dibaik Pulih
Rumah Daif Milik Rahmat Dibaik Pulih
MARANG, 21 Januari - Kehidupan keluarga Rahmat  Hidayat @Rahmat Sarmin yang serba daif, di Kampung Batangan, di sini dibantu Pusat Khidmat  Masyarakat (PKM) Rhu Rendang dengan membaik pulih rumah. Rahmat bersama Siti Aminah Habsu serta tujuh orang anak dan tiga daripadanya masih bersekolah mendiami rumah tanpa lantai konkrit dan tiada kemudahan asas seperti bilik, tandas dan dapur  itu sejak 18 tahun lalu. Rahmat baru berkerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah tapak projek manakala isterinya pula menjual produk tradisional nisan. Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, setelah mendapat maklumat, pihaknya telah turun segera untuk meninjau keadaan keluarga tersebut.   "Kita  membawa kakitangan Pusat Giat Mara dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menyalurkan terus bantuan kepada mereka. “Rumah ini akan dibaik pulih seperti membina lantai, membina bilik dan tandas yang lebih sempurna memandangkan tandas yang ada berada sangat jauh di bawah bukit dalam kawasan reban itik,"katanya. Dua agensi itu juga  bersetuju untuk membantu melalui peruntukan baik pulih rumah di bawah KPLB dan Giat Mara sebagai pelaksana. Pasangan itu turut menjaga ibunya yang uzur dan sakit terlantar  PKM Rhu Rendang turut panjang perkara itu kepada Tabung Darul Iman bagi bantuan pampers dan barangan keperluan lain kerana pasangan itu didapati menjaga ibu yang sakit terlantar. 
21 Jan 21
456
Rasa Sikit Sama Sikit, Norlan United Kongsi Tanggungjawab Kebajikan
Rasa Sikit Sama Sikit, Norlan United Kongsi Tanggungjawab Kebajikan
MARANG, 20 Januari - Demi melaksanakan agenda kebajikan, pihak Norlan United telah bersama-sama membantu dan berkongsi tanggungjawab dalam memberikan sumbangan kebajikan kepada beberapa orang penduduk yang memerlukan. Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Norlan United, ibarat kata mereka rasa sikit sama sikit. "Saya bersama-sama Norlan United telah meninjau tiga orang penduduk kurang berkemampuan iaitu saudara A Halim Zakaria yang pernah tinggal di bawah tangki air di Kampung Paya, keluarga Azlan yang tinggal bersama tiga keluarga seramai 21 orang di Rhu Renggeh yang mendapat tawaran rumah di Taman Perumahan Bukit Gasing serta keluarga Zakaria Mohamad yang tinggal di rumah yang tiada bilik air di Kampung Kelulut. "Mereka merupakan beberapa individu atau keluarga yang mendapat perhatian dan keutamaan yang telah kita bantu seperti membina rumah, baik pulih rumah dan mendapatkan bantuan rumah," katanya. Menurutnya, dia sangat mengalu-alukan kerjasama daripada pihak seperti Norlan United untuk turut menyumbang serta membantu masyarakat yang memerlukan. "Sebelum ini juga, kita pernah berkerjasama dalam program-program kebajikan lain di sekitar kawasan DUN Rhu Rendang, " katanya. Sementara itu, Pengurus Kawasan, Konsesi Selenggara Jalan Negeri Terengganu (Norlan United), Azmi Ahmad menjelaskan bahawa pihaknya membantu tiga penduduk ini di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR). "Alhamdulillah, kita turun bersama Pusat Khidmat Masyarakat menziarahi mereka ini dengan tujuan bersama-sama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. "Ada antara mereka yang memerlukan pemasangan bekalan elektrik, bekalan air, barangan keperluan elektrik seperti lampu, kipas dan paip serta bayaran upah untuk menyiapkan tandas rumah. "Kita harap dengan kos bantuan yang dikeluarkan berjumlah hampir RM8,000, tidak lama lagi mereka akan dapat menikmati keselesaan di rumah masing-masing, "katanya  Turut hadir adalah Eksekutif Pentadbiran dan Sumber Manusia Norlan United, Muhammad Faris Abdul Muluk dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung masing-masing.
19 Jan 21
722
PKM Marang Bantu Ringankan Keluarga Mohd Fakruddin
PKM Marang Bantu Ringankan Keluarga Mohd Fakruddin
MARANG, 18 Januari – Kunjungan Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat  (PKM) Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang melegakan keluarga ahli Jabatan Amal Malaysia, Mohd Fakruddin Husin. Enam sekeluarga, termasuk Mohd Fakrudin  telah terlibat dalam satu kemalangan pada 3 Januari lalu di Wakaf Tapai. Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, kedatangan PKM  bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marang  bertujuan menyalurkan sumbangan  dan mendapatkan maklumat untuk bantuan yang sepatutnya. "Pada masa sama, diharap mampu meringankan beban dihadapi keluarga mangsa, tambahan lagi keadaan Mohd Fakruddin yang masih tidak boleh berjalan dan terlantar akibat kecederaan di bahagian tulang belakang,"katanya.   Keadaan kereta ketika kemalangan di Wakaf Tapai    Menurutnya lagi, ibunya juga sedang uzur dan menghidap sakit kronik iaitu lumpuh separuh badan, jantung dan kencing manis juga menerima sumbangan katil serta merta. "Kita juga berdoa dan berharap agar keadaannya pulih seperti sedia kala kerana beliau merupakan seorang yang sangat komited dalam kerja-kerja amal serta membantu orang lain, terutamanya baru-baru ini sewaktu misi membantu mangsa banjir di beberapa kawasan Dun Rhu Rendang,"katanya selepas kunjungan itu. semalam. Turut hadir adalah petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Rhu Rendang, dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rhu Muda. Sedikit sumbangan yang diberikan daripada PKM di samping membawa agensi JKM Sementara itu, Fakhruddin memberitahu, anaknya masih berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu menjalani rawatan akibat cedera di bahagian lengan. Katanya, keretanya melanggar lopak air menyebabkan hilang kawalan sehingga terbabas ke tengah jalan sebelum melanggar sebatang tiang lampu elektrik. "Walau bagaimanapun, isteri dan dua lagi anaknya lagi termasuk yang masih bayi terselamat dan hanya cedera ringan," tambahnya. Selain daripada itu, ada juga pihak-pihak lain yang membuat kutipan derma bagi membantu keluarga beliau memandangkan beliau adalah seorang yang sangat berjasa dengan orang ramai termasuk JPKK dan lain-lain.
18 Jan 21
531
Nelayan, Penoreh Getah Terjejas Terima 'One-Off'
Nelayan, Penoreh Getah Terjejas Terima 'One-Off'
SETIU, 14 Januari -  Nelayan dan penoreh getah di Parlimen Setiu yang terkesan dengan musibah banjir dan COVID-19 menerima bantuan khas baru-baru ini. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, bantuan secara 'one-off' diberikan kepada golongan terbabit agar kehidupan seharian mereka tidak dibebani dengan masalah lain. "Penerima bantuan ini tergolong dalam kalangan B40 yang terjejas mata pencarian dalam tempoh yang sukar dan mencabar ini. "Kita telah memperuntukkan sejumlah wang bagi diagihkan bukan sahaja kepada golongan penoreh dan nelayan, malah kepada anak yatim dan pelajar-pelajar yang dapat menyambung pelajaran mereka ke menara gading," ujar beliau kepada wartawan UPDI di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Setiu, Sungai Tarom. Tambahnya lagi, bantuan tersebu telah selesai diagihkan kepada DUN Batu Rakit dan Langkap. "Manakala DUN Permaisuri dan Jabi pula akan menyusul selepas ini. "Memandangkan ini telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Negeri Terengganu, kita terpaksa menangguhkan dahulu program pengagihan ini. "Walaupun begitu, kita akan datangkan satu cara yang komprehensif dan sesuai agar seluruh rakyat Setiu yang layak dapat menerima bantuan ini dengan segera," katanya. Beliau juga berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu kerana turut sama membantu dengan memberikan Bakul Makanan kepada golongan ibu tunggal  Hampir 4,000 rakyat Setiu dari golongan B40 menerima bantuan ini yang dijangka pengagihan akan diterima selewatnya awal bulan Februari.
18 Jan 21
300
300 Tan Sampah Banjir Dilupuskan
300 Tan Sampah Banjir Dilupuskan
KEMAMAN, 12 Januari - Sekitar 300 tan sampah berjaya dikumpulkan dari seluruh kawasan banjir di daerah Kemaman. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat memaklumkan, sebanyak lima kawasan pengumpulan turut diwujudkan bagi menampung kuantiti sampah yang dipungut oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). "Untuk pasca banjir, kita sudah bersihkan majoriti rumah-rumah terlibat dengan kerjasama beberapa anak syarikat negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Amal Malaysia, pejabat daerah, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) serta wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan. "Kita juga telah kutip hampir semua sampah untuk dilupuskan. "Saya jangkakan semua sampah ini akan mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk selesai dilupuskan," katanya. Beliau berkata demikian ketika melakukan pemantauan proses pengumpulan sampah di Taman Asoka, Chukai hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu turut menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri atas kemudahan yang disediakan. "Jutaan terima kasih kerajaan negeri, kerana memberi arahan kepada PBT seluruh negeri untuk menghantar keperluan pengangkutan dan tenaga kerja yang saya anggarkan hampir 100 buah lori bagi membantu kami," katanya. Dalam pada itu, Yang Dipertua MPK, Jusman Ibrahim menyatakan, tapak pelupusan sampah yang baru di Bukit Jemalang turut dibuka memastikan pengurusan sampah berlaku dengan baik. "Tapak itu sebenarnya dalam perancangan akan dibuka Jun ini, tetapi MPK buat keputusan supaya dibuka segera memandangkan ada keperluan dan ia mempunyai kemudahan yang lebih baik. "Ini kerana keadaan di tapak pelupusan di Bukit Takal agak padat ketika ini," katanya. Tambahnya, dijangkakan kuantiti sampah yang terkumpul mungkin meningkat sehingga 500 tan menjelang hujung minggu ini. "Setiap hari, kira-kira 500 orang kakitangan ditempatkan untuk urus proses pengumpulan. Dijangkakan, hujung minggu ini MPK akan tutup tempat ini. Manakala, baki sampah yang dianggarkan sekitar 10 peratus lagi akan dikutip dari rumah ke rumah selepas ini," katanya.                    
12 Jan 21
279
Misi Bantuan Khidmat Malaysia Tak Pilih Bulu
Misi Bantuan Khidmat Malaysia Tak Pilih Bulu
Oleh SYAFIQ SAPAI RAUB,11 Januari – Bantuan yang digerakkan oleh sukarelawan Khidmat Malaysia Kuala Terengganu kepada mangsa bencana banjir dilakukan secara adil dan tidak berlaku pilih ‘bulu’ kepada penerimanya. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, bencana banjir yang sedang berlaku di negeri pantai timur termasuk Pahang ini bukan sesuatu dirancang oleh manusia. "Ini satu musibah yang tidak dijangka. Apa yang boleh kita buat adalah mengumpul secukupnya bantuan dan memastikan mekanisma pengagihan itu dapat dilakukan seadil-adilnya, Insya-Allah.  “Bagi bantuan yang disalurkan oleh Khidmat Malaysia, kita tidak pernah memilih ‘bulu’ dan saya tidak pernah tanya pun (awak) parti mana?  Semua yang susah kita bantu dan rakyat mengharapkan pembelaan daripada kita semua,” ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika menyertai Misi Bantuan Banjir Ke Pahang, di Raub, semalam. Mengulas isu pihak tertentu yang masih bermain politik ketika rakyat menghadapi musibah Covid-19 dan banjir besar, Ahmad Amzad menegaskan sekarang bukan masa untuk bermain politik. “Ini bukan masanya, dalam keadaan dan situasi rakyat menghadapi kesusahan pada hari ini. Terpulanglah kepada mereka hendak bermain politik pada masa ini. Apa yang penting kepada kita, jaga keselamatan rakyat dan jaga kesihatan rakyat.  “Covid-19 adalah suatu perkara yang besar dan kita ditambah lagi dengan musibah banjir. Ini yang perlu diutamakan,” ujarnya dengan nada kesal. Sehubungan itu, kata beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut mengingatkan rakyat tentang ancaman Covid-19 yang semakin serius. “Saya faham dalam keadaan ini, tumpuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda. Tetapi, usahlah lupa dengan Covid-19 menjadi suatu ancaman serius kepada kesihatan kita," katanya. Dalam program berkenaan, Khidmat Malaysia Kuala Terengganu telah menggerakkan misi bantuan dengan agihan barangan bernilai lebih RM100,000 melalui penghantaran dua buah lori treler serta berpuluh buah pacuan empat roda. Ini termasuklah, skuad bantuan pembersihan pasca banjir yang membersihkan rumah kediaman penduduk setelah air banjir surut.  Hadir bersama dalam misi ini ialah pengerusinya, Wan Sukairi Wan Abdullah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam.  
11 Jan 21
508