lightning-solid
Berita :

Artikel "usahawan" Terkini

320 Wanita Sertai Program Tani Jana Sumber Pendapatan
320 Wanita Sertai Program Tani Jana Sumber Pendapatan
Program Lamanita yang melibatkan penyertaan seramai 320 wanita daripada 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Terengganu diyakini mampu menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan wanita melalui bidang pertanian.
14 May 25
40
Lemang Popular Kini Boleh Didapati Di R&R Kijal
Lemang Popular Kini Boleh Didapati Di R&R Kijal
Lemang kijal yang popular dan laris setiap kali menjelang perayaan kini berpeluang untuk dirasai oleh semua pelancong serta pengunjung yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) apabila ia dijual di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kijal.
07 Apr 25
141
23 Usahawan Terima Pinjaman Tanpa Caj Tambahan
23 Usahawan Terima Pinjaman Tanpa Caj Tambahan
KUALA TERENGGANU, 25 Mac – Seramai 23 usahawan bertuah daripada ratusan pemohon berjaya menerima pembiayaan Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) bagi siri pertama tahun ini. Dengan jumlah keseluruhan RM478,893.20, skim ini menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM50,000 bagi membantu perkembangan perniagaan usahawan tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ariffin Deraman berkata, walaupun jumlah permohonan amat tinggi, hanya mereka yang benar-benar layak diberikan peluang buat masa ini. "Kita ada 23 orang usahawan yang berjaya. Ramai lagi yang mohon, tapi bila kita buat analisa, masih ada kekurangan di premis mereka yang perlu dinaik taraf sebelum lulus di masa akan datang. Hari ini, saudara bertuah kerana dipilih daripada kalangan yang ramai,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) kepada penerima Skim Pembiayaan TUGAS Kali ke-1/2025, di Dewan Serbaguna Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), di sini semalam. Beliau menjelaskan, pembiayaan ini dilaksanakan secara berperingkat sebanyak tiga hingga empat kali setahun. "Pinjaman TUGAS ini tanpa faedah. Bayar hanya mengikut jumlah yang dipinjam.  "Pada hari ini, skim yang terlibat adalah seperti Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) dan Tabung Siti Khadijah (TSK).  "Tahun ini, jumlah pinjaman maksimum yang ditawarkan telah dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000, memberikan peluang lebih besar kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka,” tambahnya.
25 Mar 25
1181
Pemuda Raih Pendapatan Lumayan Cebur Bidang Penternakan
Pemuda Raih Pendapatan Lumayan Cebur Bidang Penternakan
SETIU, 15 Februari - Seorang anak muda dari Kampung Bahagia meraih pendapatan lumayan apabila menceburi bidang penternakan ayam daging secara komersil. Hisyamudin Mat Isa, 30 berkata, beliau mewarisi bidang penternakan ayam daging daripada bapanya sejak tahun 2018. "Reban yang sedia ada sekarang ini kita mampu memuatkan 10,000 ekor ayam dalam satu-satu masa. "Kita mempunyai tiga reban dan saya bercadang untuk menambah lagi reban bagi membolehkan lebih banyak ayam dapat diternak," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini. Penternakan ayam daging yang diusahakannya turut mendapat pemantauan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu. Tambahnya lagi, masa yang diambil untuk ayam membesar dan boleh dipasarkan adalah selama 35 hari.  
15 Feb 24
405
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
ECERDC Lahir 2,447 Usahawan Di Terengganu
ECERDC Lahir 2,447 Usahawan Di Terengganu
Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) berjaya melahirkan 2,447 usahawan di bawah bimbingannya di Terengganu sejak 2018.
04 Aug 22
142
Anak Muda Hasilkan Pes Makanan Sendiri
Anak Muda Hasilkan Pes Makanan Sendiri
Warung Santai D'River (WDSR) akhirnya berjaya mengeluarkan produk dengan jenamanya sendiri iaitu Pes Kari Kepala Ikan, Kari Ayam Daging dan Ikan Bakar.  
27 Jan 22
345
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
385
'Terima Kasih' - Peniaga Kecil
'Terima Kasih' - Peniaga Kecil
SETIU, 8 Mac - Tiada ungkapan yang mampu diucapkan seorang peniaga kecil melainkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu selepas menerima Bantuan Perniagaan Peniaga Kecil Terengganu semalam. Nazlizawati Abdullah, 39 atau lebih mesra panggilan Kak Za yang hampir tiga tahun terlibat dalam bisnes pembuatan kek dan roti menerima sebuah pengadun dan ketuhar di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri. "Saya banyak terima tempahan melalui orang kampung, kawan-kawan dan saudara mara." "Antara jenis-jenis roti yang saya buat roti maxico, roti keju, roti sarang lebah, roti krim, roti sambal ayam, donut dan kuih tempahan," katanya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini. Turut bersama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Permaisuri, Zul Bhari A Rahman yang menyaksikan majlis penyerahan oleh YPU kepada penerima. Nazlizawati berkata, dia juga merupakan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu serta dua dalam bidang latihan bakeri dan pastri di bawah program Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). "Suami antara tulang belakang yang banyak menyokong kerja-kerja saya selama ini di samping latihan yang berterusan," jelasnya lagi.
09 Mar 21
385
Pasar Malam Dibenarkan Beroperasi
Pasar Malam Dibenarkan Beroperasi
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bersetuju memberi kebenaran kepada peniaga yang telah mendapat kelulusan tapak pasar malam daripada pihak majlis untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP
15 Feb 21
130