lightning-solid
Berita :

Artikel "ramadan" Terkini

‘Jom Ke Masjid’ Ikat Hati Generasi Baharu
‘Jom Ke Masjid’ Ikat Hati Generasi Baharu
KUALA TERENGGANU, 23 Mac – Masjid Al-Furqan, Chendering telah menganjurkan Program Jom Ke Masjid bagi mengikat hati kanak-kanak serta para remaja untuk solat berjemaah di masjid. Menurut Pengerusi Masjid Al-Furqan, Abdul Rahman Che Mat, matlamat program tersebut diadakan untuk menanam budaya solat berjemaah di masjid kepada generasi baharu. “Program ini akan berlangsung sepanjang Bulan Ramadan di mana peserta-peserta berumur 7 hingga 17 tahun, masing-masing akan diberikan kad solat lima waktu. Abdul Rahman memberikan penerangan tentang program kepada peserta “Selepas selesai solat fardhu berjemaah, peserta perlu dapatkan cap daripada Ahli Jawatankuasa Masjid,” kata Abdul Rahman ketika ditemui pemberita usai solat tarawih di masjid itu yang diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, semalam. Tambah beliau lagi, peserta yang berjaya mengumpulkan cap terbanyak akan diberikan hadiah.  “Hadiah yang kita tawarkan berupa wang tunai, hamper, sijil penyertaan dan banyak lagi mengikut kepada jumlah cap yang terkumpul. Peserta-peserta Program Jom Ke Masjid “Harapan kami agar program ini dapat membentuk para peserta untuk sentiasa solat fardhu berjemaah walaupun di luar Bulan Ramadan,” katanya lagi. Selain itu, Masjid Al-Furqan juga turut menganjurkan majlis tadarus Al-Quran, Program Sentuhan Kasih Anak Yatim Dan Fakir Miskin, program derma darah dan lain-lain lagi dalam mengimarahkan Bulan Ramadan ini. Kad solat 5 waktu berjemaah yang diberikan kepada peserta  
23 Mar 23
383
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Lima Tanggungjawab Terhadap Al-Quran
Lima Tanggungjawab Terhadap Al-Quran
KUALA TERENGGANU, 5 April – Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran kepada Baginda Rasulullah SAW dan umat Islam mempunyai lima tanggungjawab terhadap mukjizat terbabit.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata yang pertama, kita perlu membaca al-Quran. “Kedua, kita perlu menghayati Al-Quran dengan melihat makna ayat yang kita baca itu dan melihat tafsiran kepada ayat-ayat tersebut.  “Seterusnya, kita perlu menghafal ayat-ayat Al-Quran sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah yang merupakan antara rukun dalam solat,” kata Ustaz Muhammad Khalil. Tambah beliau lagi, antara tanggungjawab yang seterusnya ialah beramal dengan ayat-ayat al-Quran kerana ia merupakan panduan hidup bagi orang Islam.  Tanggungjawab kelima ialah mempertahankan al-Quran daripada musuh-musuh Islam.   Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh beliau selepas solat zohor di Surau pejabat Badan Perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Terengganu.  
05 Apr 22
533