lightning-solid
Berita :

Artikel "Orang Kita" Terkini

Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
385
7,000 Kilogram Ikan Tongkol, Selayang Untuk Lauk Berbuka
7,000 Kilogram Ikan Tongkol, Selayang Untuk Lauk Berbuka
Ikan untuk diagihkan kepada masyarakat. Oleh : Mohd Zukifli Mat   KUALA NERUS, 28 April - Menyedari kesusahan rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mengagihkan 7,000 kilogram ikan tongkol dan selayang halus sebagai lauk berbuka puasa untuk penduduk di kawasan berkenaan semalam.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tepoh Care itu memberi keutamaan kepada keluarga yang terjejas pendapatan.   "Sebanyak 5,000 kilogram ikan tongkol dan 2,000 kilogram ikan selayang halus telah diagihkan pada hari ini.   "Sebagaimana yang diketahui, kita semua masih dalam lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini menyukarkan penduduk mencari rezeki," katanya.   Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Dewan Serbaguna di sini semalam.   Hishammuddin meninjau persiapan agihan yang dilakukan.   Katanya, urusan untuk agihan kepada penduduk mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Tepoh.   Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama islam untuk sama-sama merebut ganjaran di bulan Ramadan dengan membaca al-Quran.   "Elakkan berbuat perkara yang sia-sia dan usah kurangi pahala puasa dengan bicara yang tidak disukai Allah SWT.   "Keistimewaan Ramadan seperti ganjaran pahala berlipat kali ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas, jadi rebutlah peluang sebaiknya," tambah beliau.
29 Apr 20
205