lightning-solid
Berita :

Artikel "MUAFAKAT NASIONAL" Terkini

Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Terengganu Istiqamah Bersama Rakyat Pertahan Muafakat Ummah
Terengganu Istiqamah Bersama Rakyat Pertahan Muafakat Ummah
Kerajaan Terengganu terus komited menjayakan Aspirasi Keluarga Malaysia bersama rakyat negeri kerana ia selari dengan pendekatan Kerajaan Negeri, yang membawa pendekatan Politik Matang dan Sejahtera.
05 Jun 22
122
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
385
Muafakat Nasional Terengganu Terus Dipertahan
Muafakat Nasional Terengganu Terus Dipertahan
Kerjasama antara parti dalam Muafakat Nasional Terengganu akan terus diperkasa dan dipertahankan demi kepentingan rakyat serta negara.
28 Sep 20
284
JPKK Terengganu Bakal Dianggotai PAS, Umno Dan Bersatu
JPKK Terengganu Bakal Dianggotai PAS, Umno Dan Bersatu
Keanggotaan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Terengganu atau sekarang dikenali sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan dianggotai oleh PAS, Umno dan Bersatu mulai tahun depan.
13 Aug 20
919