Artikel "Mesir" Terkini
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat.
“Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut.
Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional. Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.
"Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya.
Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu.
"Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
385
Mesir Lanjut Darurat, Pelajar Terengganu Tidak Terjejas
KUALA TERENGGANU, 29 April - Lebih 500 pelajar Terengganu di Mesir dijangka tidak berdepan masalah dengan lanjutan tempoh darurat selama tiga bulan yang dibuat Abdel Fattah al-Sisi baru-baru ini.
Yang Dipertua Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu di Mesir, Muhammad Nur Adli Najmuddin Mukhtar berkata, tindakan Presiden Mesir bagi menangani wabak COVID-19 itu tidak memberi impak yang buruk kepada mereka kerana keadaan di sana masih terkawal.
"Sebenarnya Mesir sentiasa dalam darurat sejak zaman presiden Hosni Mubarak, selepas Mubarak jatuh dan Dr Mohamed Morsi menjadi presiden, undang-undang tersebut dibuang.
"Namun, selepas al-Sisi ambik alih,
dia mulakan balik kanun darurat tersebut setiap tiga bulan bagi mengekang pengganas dengan sekatan yang tinggi dan kini digunakan ketika COVID-19 menular," katanya ketika dihubungi media hari ini.
Mengulas lanjut, Nur Adli mengatakan
darurat membolehkan pihak berkuasa mengambil langkah-langkah pencegahan lebih ketat, termasuk merujuk suspek keganasan ke mahkamah keselamatan, menguatkuasakan perintah berkurung dan menapis laporan akhbar.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan perintah berkurung COVID-19 kekal pada pukul 9.00 malam hingga 6.00 pagi.
"Alhamdulillah, kesemua kami juga tiada yang positif wabak berkenaan sehingga hari ini," ujarnya.
Beberapa hari lalu dalam dekri presiden, al-Sisi berkata aspek kesihatan dan keselamatan Mesir kini dalam keadaan berbahaya.
Kementerian Kesihatan dan Penduduk Mesir mengesahkan 20 lagi kematian akibat COVID-19 pada Isnin, menjadikan keseluruhan 337 orang dan jumlah kes berjumlah 4,782 manakala 1,236 pesakit sembuh.
01 May 20
135