lightning-solid
Berita :

Artikel "Merdeka" Terkini

SMK Padang Midin Juara Perbarisan Hari Kebangsaan
SMK Padang Midin Juara Perbarisan Hari Kebangsaan
Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin muncul Johan Keseluruhan Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat negeri Terengganu baru-baru ini.
03 Sep 23
1242
Perarakan Hari Kebangsaan di Terengganu Pukau Pengunjung
Perarakan Hari Kebangsaan di Terengganu Pukau Pengunjung
Sambutan Hari Kebangsaan ke- 66 Peringkat Negeri Terengganu  disambut meriah dengan pelbagai acara dan pertunjukan yang memukau rakyat.
03 Sep 23
349
Iktibar Kemerdekaan Terselit Air Mata, Keringat dan Nyawa
Iktibar Kemerdekaan Terselit Air Mata, Keringat dan Nyawa
Kerajaan Terengganu mengajak rakyat supaya menghargai pengorbanan warga para pejuang dan ulama’ terdahulu dalam mempertahan negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke- 66 tahun.
29 Aug 23
236
66 Peluncur Udara 'Terbang' Sempena 66 Tahun Kemerdekaan
66 Peluncur Udara 'Terbang' Sempena 66 Tahun Kemerdekaan
Seramai 66 peluncur udara melakukan terbangan 'Merdeka Fun Fly'  sempena 66 tahun kemerdekaan negara di Bukit Bubus, Besut.
29 Aug 23
230
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
385
Semarakkan Kemerdekaan, Tetap Patuh SOP
Semarakkan Kemerdekaan, Tetap Patuh SOP
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan rakyat negeri ini supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekalipun ketika merayakan sambutan Hari Kebangsaan ke-63.
01 Sep 20
91
250 Peserta Meriahkan Program Kayuhan Ambang Merdeka
250 Peserta Meriahkan Program Kayuhan Ambang Merdeka
Seramai 250 peminat sukan berbasikal menyertai program Kayuhan Ambang Merdeka Seberang Takir Comey, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 yang bakal disambut 31 Ogos ini.
01 Sep 20
271
Lahirkan Kesedaran Semarak Kemerdekaan
Lahirkan Kesedaran Semarak Kemerdekaan
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-63, kerajaan negeri menyarankan seluruh rakyat Terengganu bersama-sama menyemarakkan kempen sambutan kemerdekaan dengan memasang bendera di premis kediaman dan kedai masing-masing.  
30 Aug 20
161
Cinta Tanah Air Selaras Anjuran Agama
Cinta Tanah Air Selaras Anjuran Agama
  Rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan negara pada setiap 31 Ogos saban tahun. Namun, apakah kita benar-benar mengerti makna sebuah kemerdekaan dan kebebasan yang diperjuangkan nenek moyang kita selama hampir 500 tahun lalu? Negara merupakan anugerah daripada Allah SWT kepada sesuatu bangsa atau umat. Perlu kita sedari, keamanan, keselesaan dinikmati yang dikecapi hari ini, perlu sentiasa disyukuri dan dipelihara dengan sebaiknya. Kewujudan sesuatu bangsa dan tamadun terletak pada kesungguhan dan kecintaan anggotanya untuk membangun dan mensejahterakan kehidupan berpandukan wahyu Ilahi dan sunnah Rasulullah SAW. Sebaliknya, kaum yang cenderung melakukan kerosakan dalam erti kata melanggar perintah, hukum serta larangan Allah SWT dan Rasul-Nya akan membawa mudarat kepada negaranya sebagaimana yang dialami oleh kaum Aad, kaum Tsamud dan kaum Nabi Lut. Allah SWT telah mengingatkan manusia melalui Surah al-Baqarah, ayat ke-122 yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka; janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.” Kecintaan kita pada negara perlu dibuktikan dengan tindakan yang positif dan konsisten. Orang yang mencintai negara akan selalu menjaganya dari sebarang ancaman dan kerosakan. Hakikatnya, setiap manusia itu memiliki kecintaan kepada tanah airnya sehingga dia berasa aman menetap di dalamnya dan selalu merindukannya apabila jauh darinya, malah mempertahankannya ketika diserang dan berasa marah ketika negaranya dicela. Dengan kata lain, mencintai tanah air itu sudah menjadi tabiat asal manusia. Rasulullah SAW sendiri pernah menzahirkan kecintaannya kepada Mekah sebagai tempat kelahirannya. Hal ini dapat dilihat dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas RA yang bermaksud: “Dari Ibnu Abbas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, ‘Alangkah baiknya engkau sebagai sebuah negeri, dan engkau merupakan negeri yang paling aku cintai. Seandainya kaumku tidak mengusirku dari engkau, nescaya aku tidak tinggal di negeri selainmu” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Berdasarkan tindakan Baginda itu, jelas memberi kesimpulan bahawa mencintai negara merupakan suatu sifat semula jadi yang ada dalam diri manusia dan ia dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya bumi yang dipijak ini ialah tanah tumpah darah kita. Di sinilah perlunya kita memelihara keamanan untuk hidup berpadu penuh kedamaian. Pada masa sama, kita turut bertanggungjawab menjaga kesucian agama dan kedaulatan negara daripada sebarang anasir keganasan, kezaliman mahupun penindasan.
04 Aug 20
354