Artikel "manifesto" Terkini
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Kerajaan Terengganu Sembang Kosong?
Para penerima geran tanah hak milik kekal generasi kedua Felda Selasih di sini menzahirkan rasa syukur apabila kerajaan Terengganu melunaskan janji dan tidak 'sembang kosong' sebagaimana kerajaan terdahulu.
01 Nov 22
343
Pembinaan KQT, Bandar Baharu Lengkapkan Manifesto Terengganu
Pembinaan kampus tetap Kolej al-Quran Terengganu (KQT) dan Bandar Baharu Lestari Durian Mentangau melengkapkan pelaksanaan 20 manifesto yang dijanjikan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
31 Oct 22
304
531 Penerima Syukur Urusan Mohon Tanah Mudah, Cepat
Seramai 531 penduduk dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang menzahirkan syukur apabila urusan mereka untuk memiliki tanah dan lot kediaman diselesaikan dengan segera.
25 Oct 22
112
147 Pasangan Kahwin Percuma
Kerajaan Terengganu meneruskan tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma membabitkan 147 pasangan di Walimatul Urus Perdana 2022 yang berjalan serentak seluruh negeri, 17 September baru-baru ini setelah dua tahun ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.
23 Sep 22
262
350 Penduduk Hulu Besut Terima Geran Tanah
Seramai 350 penduduk di Hulu Besut menerima geran hak milik kekal melibatkan enam Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
12 Jun 22
130
Pencen Rakyat : Giliran Warga Jabi Terima Manfaat
Seramai 766 warga emas Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi menerima Pencen Rakyat di Dewan Sivik Jabi dalam Majlis Agihan Baucer Pencen Rakyat DUN Jabi, baru-baru ini.
21 Feb 22
136
Warga Emas Syukur Kerajaan Terengganu Pulangkan Hak
BESUT, 6 Oktober - Warga emas, Mohd Noor Awang, 72, bersyukur kerana kerajaan negeri memulangkan semula hak tanah kepada rakyat yang telah berhabis wang membayar premium tanah pada 20 tahun lalu.
Mohd Noor berkata, walaupun kecewa kerana terpaksa menunggu lama, dia tetap terharu atas usaha kerajaan Terengganu sekarang.
 "Walaupun saya kecewa setelah menghabiskan wang yang banyak pada sebelum ini, namun saya sangat berterima kasih kepada kerajaan PAS, apabila kembali memerintah mereka memulangkan semula hak rakyat," katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh baru-baru ini.
Sementara itu, bagi Zaiton Ibrahim, 52, dia juga terkejut dan teruja apabila dipanggil untuk ke majlis penyerahan geran itu.
"Alhamdulillah, saya bersyukur tidak terhingga kepada Allah kerana selama penantian ini dikembalikan semula geran tanah tersebut," katanya yang sudah menetap sejak tahun 1985 di Kampung Paroh Tapong.
Menurut Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, seramai 44 orang pemohon RTB dalam DUN Jerteh menerima geran tanah.
Mereka adalah antara 373 peserta yang dikembalikan semula hak mereka setelah 20 tahun penantian.
"Ini adalah program yang pertama kali diadakan bagi DUN Jerteh. Manakala baki selebihnya akan diselesaikan secara berperingkat dengan segera," ujarnya.
Tambah beliau, walaupun terdapat kekangan terhadap tapak cadangan RTB yang lalu, pihaknya sentiasa berusaha untuk menggantikan tapak cadangan yang baru.
"Kami memohon maaf atas kelewatan mengagihkan geran tanah ini kerana faktor hak pemilikan tanah yang dicadangkan dahulu (1999-2004) telah pun ditukar statusnya selepas PAS Terengganu tewas pada PRU 2004.
"Walau bagaimanapun, kita akan berusaha untuk mencari ganti tempat yang lain untuk mereka. Termasuk 19 permohonan yang telah meninggal dunia, akan diberikan kepada ahli keluarga arwah dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berwajib." katanya.
Â
Â
06 Oct 21
3935
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat.
“Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut.
Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional. Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.
"Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya.
Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu.
"Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
385
Hasrat Nelayan Miliki Tanah Akhirnya Tertunai
Itu luahan seorang nelayan, Abd Ghani Ismail, setelah menerima Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Dewan Sivik, Kemasik, Kemaman, baru-baru ini.
17 Dec 20
161