Artikel "keselamatan" Terkini
Jalan Tidak Rata Perlu Pembaikan Segera
MARANG, 5 Disember - Kerosakan jalan di Kampung Sungai Serai di sini, yang mengganggu dan menjejaskan keselamatan pengguna memerlukan pembaikan segera.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, beliau bimbang keadaan jalan dan pembentung yang tertimbus boleh menjejaskan aktiviti harian penduduk.
"Struktur jalan sekarang ini memang membahayakan orang ramai. Tindakan segera perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pengguna dan warga setempat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan pegawai JKR di lokasi tersebut hari ini untuk mencari penyelesaian segera hari ini.
Sementara, Pengerusi JPKK Sungai Serai, Othman Said mengharapkan agar tindakan pembaikan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
"Keadaan jalan yang senget dan terjejas memerlukan perhatian serius untuk mengelak kemalangan yang tidak diingini," jelasnya.
Mengulas mengenai jalan itu, Jurutera Awam JKR Marang, TS. Muhammad Nazrin Ruslan, memaklumkan bahawa surat berkait isu itu telah disampaikan kepada pihak swasta kira-kira sebulan yang lalu.
Saat ini katanya, pihak JKR sedang menanti tindakan lanjut dari pihak berkenaan.
"Pihak berkuasa setempat menjamin bahawa mereka akan memantau perkembangan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan isu tersebut demi kebaikan bersama.
"Lokasi jalan yang merbahaya itu diberi perhatian ekstra yang rosak kerana faktor cuaca dan penambunan tanah oleh pihak swasta yang berhampiran," katanya.
TS. Muhammad Nazrin Ruslan Juruter Awam Jalan JKR Marang
Â
Â
05 Dec 23
270
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Tukun Tiruan Tingkatkan 10 Peratus Hasil Nelayan
Jumlah hasil tangkapan nelayan pantai di Terengganu meningkat sebanyak 10 peratus sejak Januari sehingga April tahun ini impak program melabuh tukun tiruan.
13 Jun 22
184
Maritim Tahan Tiga Bot Nelayan, Nilai Rampasan RM4.5 Juta
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu telah menahan tiga bot di perairan negeri melibatkan 30 warga Vietnam
28 Apr 22
281
23,766 Anggota Polis Positif COVID-19
Seramai 23,766 anggota polis di negara ini termasuk ahli keluarga mereka direkodkan positif Covid-19 sejak Mac tahun lalu hingga kini.
06 Dec 21
182
Maritim Terengganu Gagalkan Cubaan Seludup Rokok Bernilai RM350,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu telah menggagalkan cubaan menyeludup masuk 330,000 rokok putih dianggar bernilai hampir RM350,000 di Pulau Karah yang dijadikan transit untuk memasuki pasaran tempatan.
Â
26 Aug 21
117