lightning-solid
Berita :

Artikel "IPT" Terkini

Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
385
Mahasiswa bijak, beradab bentuk masa depan gemilang
Mahasiswa bijak, beradab bentuk masa depan gemilang
SETIU, 16 September – Mahasiswa bijak dan beradab menjadi harapan setiap anggota masyarakat untuk membentuk masa depan yang lebih gemilang. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, negara sememangnya memerlukan pemimpin yang bukan sahaja berani, jujur, memahami hati nurani dan mementingkan kebajikan rakyat serta bertanggungjawab, malah berkeperibadian mulia sebelum nama meniti kemasyhuran. Ujarnya, peluang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi perlu dimanfaatkan sebaik mungkin tanpa menyibukkan diri dengan perkara tidak berfaedah. “Perkara utama yang perlu tahu khususnya dalam sesi pengajian di universiti adalah niat. Pertamanya mesti niat kerana Allah untuk bawa islam dan kerja islam walaupun yang belajar itu bukan belajar tentang agama tapi belajar kedoktoran, jurutera dan sebagainya,” katanya semasa mengadakan pertemuan dengan bakal mahasiswa DUN Batu Rakit di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit, Kampung Bukit Cempaka baru-baru ini. Tambah beliau, Islam menuntut umatnya untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara termasuk pendidikan. “Oleh itu, setiap dari kita ini mesti belajar bersungguh-sungguh dan sampai masa kita mampu untuk bawa orang, masyarakat kepada agama islam yang bersifat syumul. “Belajar memang kena banyak bersabar, kena bersungguh, kena banyak baca dan jangan ikut perasaan sangat sebab kalau tak, banyak nak main sebab kita bertemu dengan kawan-kawan yang ramai. “Kita menguasai bidang yang kita belajar itu, bukan semata-mata belajar tunggu masa peperiksaan, ambil sebab nak lulus. Kita mahukan kejayaan yang cemerlang agar kita dapat membangunkan masyarakat pada masa akan datang,” katanya.
15 Sep 20
433
Pelajar IPT Di Terengganu Mula Pergerakan Pulang Ke Kampung Malam Ini
Pelajar IPT Di Terengganu Mula Pergerakan Pulang Ke Kampung Malam Ini
HULU TERENGGANU, 30 April - Pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam di Terengganu yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing bermula malam ini. Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata proses berkenaan melibatkan empat IPT awam dan pergerakan mereka  dijangkakan akan bergerak pada pada pukul 9 malam. "Pergerakan pelajar  akan berlaku pada malam ini yang melibatkan seramai 181 pelajar di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT) yang mana 126 pelajar akan menaiki 11 buah bas, lapan orang menaiki dua buah van dan 14 pelajar lagi akan pulang menaiki kereta. "Daripada Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSza) seramai 23 orang dengan menaiki dua buah bas dan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun seramai 97 orang dengan menaiki tujuh buah bas. "Sementara itu dari Politeknik Kuala Terengganu  seramai 14 orang akan menaiki dua buah bas dan 11 pelajar Politeknik Hulu Terengganu juga akan menaiki dua buah bas," ujarnya kepada pemberita di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, hari ini. Langkah membawa pulang pelajar yang terkandas di kampus dan sekitar susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu adalah antara sedikit kelonggaran yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas Bagaimanapun, kerajaan hanya membenarkan pergerakan pelajar pulang dari kawasan zon hijau secara berperinggkat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
01 May 20
167