29 Oct 2025
| 7 Jamadil Awal 1447
Subuh
Kuala Terengganu, Marang Dan Kuala Nerus
5:43 AM
TRDI
Media Rasmi Negeri Terengganu
100" class="sticky top-0 z-20 shadow-sm transition-colors" :class="isScrolled ? 'bg-white lg:bg-[#353535] dark:bg-slate-900 lg:text-white dark:text-white' : 'bg-white dark:bg-slate-900 dark:text-white'">
29 Oct 2025
| 7 Jamadil Awal 1447
Subuh
5:43 AM
TRDI
Utama
open = false, 200)">
Berita
Semasa
Sukan
Tiada Rekod
Video
Podcast
Album
Magazine
Event
100" data-theme-toggle type="button" class="rounded-full p-2.5 text-sm transition-colors dark:text-white dark:hover:bg-slate-700" :class="isScrolled ? 'text-slate-400 hover:bg-slate-100' : 'text-slate-400 hover:bg-slate-100'" aria-label="Toggle theme">
lightning-solid
Berita :
Tiada Rekod
←
→
Utama
Basikal
Artikel "Basikal" Terkini
TSG Dinobat Pasukan Terbaik Asia Kali Keenam
KUALA TERENGGANU, 20 November - Terengganu Cycling Team (TSG) sekali lagi mencipta sejarah apabila merangkul gelaran Pasukan Terbaik Asia pada tahun 2024. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim meluahkan penghargaan dan tahniah kepada TSG atas usaha gigih selama ini. "Kejayaan gemilang kali keenam itu diraih setelah TSG mengumpulkan 1,879 mata, mengatasi cabaran sengit pasukan JCL Team Ukyo dari Jepun yang menduduki tempat kedua, serta Roojai Insurance dari Thailand di tempat ketiga. "Namun, kejayaan TSG tidak hanya terhenti di Asia, pasukan ini mencipta rekod baharu apabila dinobatkan sebagai Pasukan Kontinental Terbaik Dunia untuk kali ketiga, menewaskan 178 pasukan lain yang berdaftar di bawah UCI Continental Team. "Selain itu, TSG berjaya menempatkan diri dalam senarai 30 Pasukan Terbaik Dunia, mengatasi lebih 213 pasukan yang bertanding sepanjang musim ini," jelas beliau. Beliau berkata demikian dalam Ucapan Penggulungan Belanjawan 2025 Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini semalam. Tambah Hishamuddin, pencapaian ini bukan sahaja membanggakan Terengganu tetapi juga Malaysia di pentas dunia, ia mencerminkan usaha konsisten TSG dalam membawa nama negara ke peringkat antarabangsa. “TSG telah membuktikan bahawa Terengganu adalah kuasa besar dalam arena sukan berbasikal. “Dengan komitmen dan semangat juang yang tinggi, tidak mustahil lebih banyak kejayaan menanti mereka pada masa akan datang. “Tahniah diucapkan kepada TSG atas kejayaan luar biasa ini! Teruskan mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di persada dunia,” ujarnya.
20 Nov 24
122
Tutup
TRDI
100" data-theme-toggle type="button" class="rounded-full p-2.5 text-sm transition-colors dark:text-white dark:hover:bg-slate-700" :class="isScrolled ? 'text-slate-400 hover:bg-slate-100' : 'text-slate-400 hover:bg-slate-100'" aria-label="Toggle theme">
Utama
Berita
Semasa
Sukan
Tiada Rekod
Video
Podcast
Album
Magazine
Event