lightning-solid
Berita :

Artikel "Bajet 2021" Terkini

Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
385
Wawancara Khas : Apakah Proklamasi Darurat?
Wawancara Khas : Apakah Proklamasi Darurat?
Apakah itu Proklamasi Darurat? Jika di Persekutuan, boleh dilakukan ordinan menggantikan undang-undang yang ada, apakah negeri juga mempunyai kuasa melalui Sultan Negeri untuk melaksanakan ordinen negeri?  
04 Feb 21
75
Bicara Bajet 2021 : Politik semasa Negara dan panduan untuk menghadapi isu-isu yang mendatang?
Bicara Bajet 2021 : Politik semasa Negara dan panduan untuk menghadapi isu-isu yang mendatang?
Bicara Bajet 2021 : Politik semasa Negara dan panduan untuk menghadapi isu-isu yang mendatang? Antara Ulasan daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan
03 Feb 21
141
Bicara Bajet 2021: Bagaimana penguasaan media baharu yang boleh membawa isu-isu dakwah
Bicara Bajet 2021: Bagaimana penguasaan media baharu yang boleh membawa isu-isu dakwah
Bicara Bajet 2021 : Bagaimana penguasaan media baharu boleh membawa isu-isu dakwah yang perlu dipertengahkan?   Antara Ulasan daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan  
03 Feb 21
69