lightning-solid
Berita :

Artikel "Penternakan" Terkini

Terengganu Wajibkan Haiwan Ternakan Pasang QR
Terengganu Wajibkan Haiwan Ternakan Pasang QR
HULU TERENGGANU, 23 Jun – Kerajaan Negeri Terengganu sedang merangka satu enakmen baharu yang bakal mewajibkan pendaftaran semua haiwan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing menggunakan sistem kod QR, dalam usaha mengatasi isu haiwan berkeliaran yang tidak berkesudahan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim berkata, langkah berani ini perlu diambil setelah lebih 70 tahun masalah ternakan liar gagal diselesaikan.  "Kita lihat masalah yang tidak berkesudahan berkaitan haiwan berkeliaran yang tidak selesai sejak belum merdeka lagi. "Mungkin kita perlu bertegas dengan menggubal satu enakmen yang mewajibkan pendaftaran semua ternakan, lembu, kerbau, kambing dan haiwan lain," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Program Pelepasan benih ikan , penyerahan bantuan peralatan dan insentif input akuakultur serta pelancaran kajian penandaan peralatan menangkap ikan nelayan darat bertempat di Sungai Terengganu, Kampung Temir, di sini semalam. Turut hadir, Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Terengganu, Pang Nyukang; Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Dr. Sukati Sakka; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Mohd Zawawi Ismail. Beliau menjelaskan, penggunaan teknologi seperti QR code mampu mengubah sistem pemantauan dan tanggungjawab pemilik ternakan secara total.  "Dengan teknologi zaman ini, semua orang dapat imbas QR. "Bila kita scan, kita akan dapat tahu siapa pemilik haiwan tersebut.  "Haiwan yang tiada QR code kita ibaratkan seperti kereta tanpa nombor plat, mesti tiada pemilik dan boleh disita atau dilelong,” jelasnya. Menurut beliau, enakmen baharu ini akan digubal di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tidak memerlukan kelulusan akta persekutuan.  "Yang ada sekarang ini hanya undang-undang kecil PBT yang benarkan tangkapan haiwan, tapi tidak mewajibkan pendaftaran. "Kalau ditangkap pun, jika tidak dituntut, kita hanya mampu melelong sahaja," tambahnya. Dr. Azman berkata kerajaan negeri kini sedang dalam proses perbincangan menyeluruh termasuk aspek kos dan pemakluman awam sebelum pelaksanaan dimuktamadkan.  "Perkara ini perlu diteliti secara mendalam. "Perlu ada tempoh pemakluman kepada masyarakat dan melihat pada impak kos," kata beliau. Tambah beliau, langkah Terengganu ini tidak asing kerana negeri seperti Melaka telah berjaya melaksanakan sistem penternakan yang jauh lebih tersusun.  "Melaka negeri kecil tapi sangat aktif dan sistematik dalam penternakan, termasuk unggas. "Kita patut contohi negeri dalam negara sendiri," ujarnya.
23 Jun 25
357
Transformasi Reban Ayam Tertutup Dilaksana di Terengganu
Transformasi Reban Ayam Tertutup Dilaksana di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 4 Jun - Kerajaan negeri kini menggalakkan bakal penternak ayam komersial untuk menggunakan sistem reban tertutup sebagai langkah memodenkan industri penternakan ayam di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi, Dato' Dr. Azman Ibrahim berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada transformasi sektor ternakan ayam di negeri itu. "Antara kelebihan reban tertutup ialah kawalan persekitaran yang sihat tanpa pencemaran bau dan lalat berbanding dengan sistem reban terbuka.  "Proses tumbesaran ayam juga lebih cepat," katanya dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan melalui hantaran media sosialnya baru-baru ini. Beliau turut memaklumkan bahawa pembinaan reban ayam baharu menggunakan sistem terbuka tidak lagi akan diberikan kelulusan, dan kerajaan negeri menggalakkan para pengusaha sedia ada untuk beralih kepada sistem reban tertutup. "Adapun bagi reban terbuka sedia ada, kerajaan negeri menggalakkan para pengusaha melakukan transformasi kepada sistem reban tertutup secara berperingkat.  "Kita belum menetapkan suatu tempoh masa untuk perubahan ini dilakukan kerana memahami bahawa proses transformasi reban terbuka kepada reban tertutup akan melibatkan kos yang besar," ujarnya. Dalam pada itu, pihaknya juga mempunyai perancangan untuk membina beberapa lagi fasiliti ternakan tertutup untuk diserahkan kepada pengusaha tempatan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Mengikuti perkembangan berkaitan, reban ayam Jabatan Veterinar Terengganu berkonsepkan reban tertutup di Baruh Masin, Besut dengan kos baik pulih sebanyak RM700 ribu kini telah mula beroperasi sepenuhnya sejak bulan lepas dan dijangkakan penuaian hasil pertama pada pertengahan bulan ini.
04 Jun 25
702
Terengganu Berisiko Alami Krisis Bekalan Ayam?
Terengganu Berisiko Alami Krisis Bekalan Ayam?
KUALA TERENGGANU, 17 April – Terengganu kini berdepan risiko besar kehilangan lebih separuh ladang unggas sedia ada sekiranya isu kelulusan merancang (KM) yang membelenggu penternak tidak diselesaikan segera, sekali gus bakal menjejaskan keterjaminan bekalan ayam pedaging negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, tekanan terhadap penternak semakin memuncak apabila terpaksa menanggung kos tinggi bagi mendapatkan KM yang merupakan syarat mutlak dalam proses pemutihan dan perlesenan ladang unggas. “Dalam proses pemutihan dan perlesenan ladang-ladang unggas, semua ladang samada yang telah sedia ada atau baru dibina perlu memiliki KM daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih di Wisma Darul Iman semalam. Beliau menjelaskan, isu ini dibangkitkan ADUN Manir, Hilmi Harun, yang menyuarakan kebimbangan tentang caj pemajuan dan bayaran denda bina dahulu tanpa kelulusan yang melambung tinggi, hingga mencecah ratusan ribu ringgit serta di luar kemampuan pengusaha. “Kami maklum bahawa isu besar ini belum selesai, malah banyak penternak telah membuat aduan berkaitan kos keterlaluan dan permit sementara yang membebankan,” ujarnya. Dr. Azman memberi amaran bahawa jika isu ini terus dibiarkan, Terengganu bakal kehilangan lebih 50 peratus ladang unggas sedia ada dan akan memberi kesan langsung kepada kadar tahap sara diri (SSR) ayam pedaging negeri. “Ia akan menjadi pukulan yang hebat kepada SSR bekalan ayam pedaging negeri yang akan menurun dari 71 peratus kepada kira-kira 30 peratus sahaja,” katanya. Menurut beliau, kerajaan negeri tidak akan lepas tangan dan sedang mengatur sesi libat urus segera melibatkan semua pihak berkepentingan bagi mencari jalan penyelesaian paling harmoni dalam kerangka peraturan sedia ada. “Kami ambil tanggungjawab penuh untuk merungkai isu ini secara 'win-win situation' antara Pertanian dan PBT,” jelasnya.  
17 Apr 25
786
Pemuda Raih Pendapatan Lumayan Cebur Bidang Penternakan
Pemuda Raih Pendapatan Lumayan Cebur Bidang Penternakan
SETIU, 15 Februari - Seorang anak muda dari Kampung Bahagia meraih pendapatan lumayan apabila menceburi bidang penternakan ayam daging secara komersil. Hisyamudin Mat Isa, 30 berkata, beliau mewarisi bidang penternakan ayam daging daripada bapanya sejak tahun 2018. "Reban yang sedia ada sekarang ini kita mampu memuatkan 10,000 ekor ayam dalam satu-satu masa. "Kita mempunyai tiga reban dan saya bercadang untuk menambah lagi reban bagi membolehkan lebih banyak ayam dapat diternak," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini. Penternakan ayam daging yang diusahakannya turut mendapat pemantauan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu. Tambahnya lagi, masa yang diambil untuk ayam membesar dan boleh dipasarkan adalah selama 35 hari.  
15 Feb 24
406
Banjir : Ular Sawa Jadi Tetamu Tidak Diundang
Banjir : Ular Sawa Jadi Tetamu Tidak Diundang
SETIU, 21 November - Dalam keadaan musim hujan dan berhadapan banjir  seekor ular sawa menjadi tetamu tidka diundang dianggar mencapai berat 100 kilogram (kg) yang telah menelan tiga ekor kambing dimiliki seorang penternak di daerah ini. Haiwan reptilia itu telah berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Setiu di Kampung Kubang Puyu, Chalok di sini, hari ini. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd. Nizu Husien berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehadiran ular sawa sepanjang kira-kira 6 meter (m) di kandang kambing jam 9.15 pagi. Susulan kejadian itu beliau menghantar seramai empat anggota ke lokasi dan berjaya menangkap haiwan tersebut. "Ular sawa ini dibawa balik ke pejabat APM Setiu dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan selanjutnya," ujarnya ketika dtemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Dalam pada itu, Mohd. Nizu turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kehadiran tetamu tidak diundang berkenaan dan meminta agar orang ramai tidak bertindak sendiri menangkap haiwan berkenaan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. Sementara itu penternak, Shukri Ab. Rashid, 49,berkata kehadiran ular sawa itu disedari ketika pergi ke kandang haiwan ternakannya, kira-kira jam 8 pagi tadi.  
21 Nov 23
1435
Setiu Daerah Penelur
Setiu Daerah Penelur
KUALA TERENGGANU, 9 Oktober - Industri ternakan ayam penelur bakal diwujudkan di daerah Setiu bagi memastikan rakyat Malaysia tidak mengalami masalah gangguan telur. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan makanan dan Komoditi, Dr. Azman Ibrahim berkata, tanah 300 ekar di Setiu telah disediakan bagi memenuhi keperluan itu. Katanya, langkah itu juga dibuat bagi memastikan bidang itu tidak dikuasai pihak kartel. "Pagi ini lawatan dan perbincangan yang sangat positif kami adakan bersama pengurusan Ladang Ternakan Ayam Penelur, Sekasih Aman Sdn Bhd. "Sebuah syarikat milik orang Melayu anak jati Terengganu yang beroperasi di Kalumpang, Hulu Selangor," ujarnya melalui satu kenyataan di facebooknya, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, syarikat tersebut mempunyai kira-kira 1 juta ekor ternakan ayam penelur dengan kapisiti pengeluaran melebih 500,000 butir dalam sehari. "Menariknya kerana syarikat ini (juga) memiliki  ladang penetasan anak ayam dan kilang makanan sendiri," ujarnya. Terdahulu, pada tahun lalu Dr Azman berkata kerajaan membuka peluang kepada sesiapa yang berminat mengusahakan penternakan ayam penelur dengan menyediakan tanah penternakan di Setiu. Katanya, kerajaan negeri sangat mengalu-alukan rakyat yang berminat untuk mengusahakan ternakan ayam telur bagi meningkatkan hasil sumber makanan negeri kerana Terengganu masih sebelum ini bergantung sepenuhnya bekalan telur dari luar kerana masih belum ada yang mengusahakannya.      
09 Oct 23
378